Tips Ibu Hamil Kekal Cergas Sehingga Melahirkan

Perkara yang amat membahagiakan pasangan baharu suami isteri apabila mendapat berita bakal menimang cahaya mata. Bagi Si Suami ia sangat mengujakan, bagi Si Isteri pula dalam gembira terselit gusar, takut dan bermacam-macam lagi perasaan bercampur baur untuk melalui proses kehamilan, melahirkan, berpantang dan menyusukan. Usah terlalu susah hati, nikmatilah alam baharu yang bakal anda lalui dengan penuh rasa syukur. Mari praktikkan tips-tips kehamilan berikut supaya anda kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh hamil.

Continue Reading

Cara Melegakan Sakit Slip Disc (Disc Prolapse) Tanpa Pembedahan Berulang

Sekali anda telah di diagnos mengalami masalah sakit belakang yang teruk, anda berisiko untuk mengalami penyakit slip disc (disc prolapse). Ia mungkin bermula dengan rasa kebas-kebas sehingga ke jari kaki diikuti dengan kesakitan di antara kaki kiri atau kanan untuk bergerak. Bukan setakat itu sahaja, kesakitan melampau boleh terjadi ketika dalam keadaan pegun (seperti baring/duduk) dan kemudian hendak bangun dari kedudukan pegun itu sangat menyeksakan. Ada kes yang sukar untuk mengawal pembuangan air kencing. Jika anda telah merasainya, adakah cara untuk melegakan kesakitan ini tanpa perlu menjalani pembedahan kali pertama atau kedua, ketiga & seterusnya?

Continue Reading

Buasir Selepas Bersalin Menyeksakan, Bertindak sebelum Bernanah

Pengalaman rakan pejabat selepas melahirkan anak keduanya dan mengalami buasir yang agak teruk amatlah menyeksakan. Saya yang mendengar ni pun terase gerun dan ngilu sangat. Bayangkanlah dengan sakit selepas bersalinnya, nak jaga baby lagi kena pulak buasir, Astaghfirullah terduga sungguh. Walaupun rasa happy dengan kehadiran cahaya mata baharu, tetapi jika diuji dengan kesakitan-kesakitan yang tak diundang ni memang boleh membawa kepada pelbagai lagi komplikasi semasa dalam pantang. Hati-hati! Emosi ibu selepas melahirkan perlu dijaga rapi. Jadi, bagaimanakah cara atau kaedah yang selamat untuk atasi buasir selepas bersalin ini?

Continue Reading

Atasi Sukar Hamil selepas Merancang Kehamilan dengan Bahan Semulajadi yang Selamat

Ibaratnya, disangkakan panas berpanjangan tetapi rupa-rupanya hujan lebat di tengahari. Mendalami hati seorang ibu yang sangat inginkan cahaya mata selepas menjalani tempoh merancang kehamilan. Mari ikuti kisahnya…

Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan ni tapi tak pernah benar benar merasainya.

Continue Reading

Cara Menghilangkan Sakit Lutut dengan Cepat dan Selamat

Adakah anda mengalami rasa sakit pada lutut ketika turun atau naik tangga dan bagi yang beragama Islam ketika mahu sujud dalam solat?

Hakikatnya masa kini, sakit lutut bukan hanya dirasai golongan tua sahaja tetapi menginjak umur 30-an pun ramai yang mengalami masalah ini. Adakah cara untuk mengatasi dan menghilangkan kesakitan pada lutut ini dengan cepat dan selamat?

Continue Reading

7 Tips Mencegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dengan Berkesan dan Selamat

Penularan penyakit² berjangkit di kalangan kanak-kanak sangat membimbangkan. Keadaan ini memberi suatu impak yang besar kepada golongan ibu bapa bekerjaya khususnya apabila terpaksa menghantar anak² ke pusat jagaan atau pengasuh. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merupakan suatu wabak berkala yang mudah tersebar dan epidemik ini sedang melanda Malaysia (pertengahan tahun 2018). Bagaimanakah cara atau tips untuk mencegah penyakit ini daripada menjangkiti anak² kita?

Continue Reading

Cara Mengawal Tekanan Darah yang Berkesan Tanpa Ubat

Antara sedar atau tidak, kita semua berisiko untuk menghidapi penyakit darah tinggi. Tekanan darah tinggi merupakan penyakit kronik yang semakin meningkat penghidapnya di Malaysia. Bukan setakat tekanan darah yang tinggi, ia memberikan implikasi lanjutan kepada penyakit-penyakit lain yang berbahaya seperti serangan jantung, angin ahmar (strok), penyakit buah pinggang dan demensia (penyakit otak yang progresif).

Continue Reading