Anak Tidur dalam Kelas, Berikan Tenaga Supaya Lebih Fokus

Imbas kembali zaman persekolahan dahulu memang seronok. Bila diingat semula zaman sekolah dulu-dulu terasa tidaklah terbeban seperti zaman anak-anak kita sekarang. Bila balik sekolah anak mengadu penat, letih dan mengantuk dalam kelas. Balik sekolah nak buat homework pun tak larat ini kan pula nak ulangkaji pembelajaran sehari. Kesian anak-anak…

Kalau dulu zaman sekolah kita (ibu ayah), alam persekolahan adalah waktu ‘bergonjeng’ orang kata zaman bersuka ria sebagai kanak-kanak ataupun belia. Tiada tekanan dari segala masalah dunia 😂 hanya berada dalam dunia sendiri. Sama sahaja keadaannya dengan sekarang, generasi Z dan Alpha (anak-anak yang lahir 2000 ke atas) yang bezanya silibus sukatan matapelajaran yang semakin membebankan anak-anak sehinggakan ibu ayah pun berebut-rebut untuk mendapatkan tempat tertinggi dalam skrip akademik anak masing-masing.

Walau bagaimana pun, tiada ibu bapa yang mahukan anak mereka ketinggalan dalam kurikulum dalam masa yang sama aktif dalam ko-kurikulum dan sukan. Dalam keadaan sekarang, bagaimanakah untuk pastikan anak-anak kita tidak terlalu letih, mengantuk dalam kelas dan tidak boleh fokus semasa sesi pembelajaran?

Punca Anak Sering Mengantuk & Letih dalam Kelas

Sebelum itu, mari kenal pasti punca dan sebab anak sering mengantuk dan letih ketika di dalam kelas.

1) Dehidrasi

Keperluan air seharian sama penting bagi kita yang dewasa mahupun anak-anak yang sedang membesar. Air sangat penting untuk tubuh bagi kelancaran darah membawa oksigen ke seluruh tubuh hingga ke otak. Anak-anak yang aktif bermain tidak kira masa lelaki mahupun perempuan pastinya akan kehilangan banyak air di sekolah. Ini akan menyebabkan badan mereka terhidrasi dan cepat merasa letih dan mengantuk di dalam kelas semasa guru mengajar. Pastikan air masak bukan air manis yang menjadi teman anak-anak di sekolah

2) Kekurangan Nutrisi

Selain air, corak pemakanan seimbang juga penting bagi memastikan anak-anak kita kekal bertenaga di sekolah. Sarapan merupakan permulaan hari yang penting bagi membekalkan tenaga berpanjangan untuk sehari. Memang agak mencabar bagi ibu untuk menyediakan pemakanan sihat di awal pagi kerana selalunya anak-anak tak lalu nak makan pagi atau anak-anak lebih suka makan makanan ringan. Bagaimanakah untuk memastikan anak-anak tak ter

3) Rehat & Tidur

Anak-anak biasanya memang tak boleh duduk diam nak-nak lelaki. Tak kira waktu rehat ke, balik sekolah pun boleh lari sana sini. Dengan itu, mereka sangat-sangat perlukan rehat dan tidur yang cukup serta berkualiti. Ini sangat penting kerana tidur berperanan untuk perkembangan otak mereka! Tanpa tidur yang cukup memang punca utama anak akan mengantuk di dalam kelas. Bukan hanya anak-anak, ibu ayah pun sama kan kalau tidur tak cukup 😅

Berapa lamakah tidur yang diperlukan oleh anak-anak kita yang bersekolah?

Umur 6 hingga 12 tahun, tidur yang anak-anak perlukan adalah selama 9 sehingga 12 jam sehari. Manakala di peringkat remaja, 12 hingga 18 tahun perlukan tidur selama 8 sehingga 10 jam – American Academy of Sleep Medicine 

4) Cuaca & Persekitaran

Cuaca juga memainkan peranan. Cuaca panas terik membuatkan tubuh anak-anak kehilangan banyak air (dehidrasi) yang menyebabkan keletihan dan mengantuk dalam kelas. Kita tak dapat halang anak-anak bermain di tengah panas terik di sekolah, tetapi kita boleh berikan bekalan yang cukup dari segi air dan makanan sihat yang mencukupi bagi tubuh lebih bertenaga dan otak yang cerdas.

5) Kondisi tubuh

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengalami beberapa fasa perubahan. Perlu kuatkan sistem ketahanan tubuh mereka supaya membesar dengan sihat disamping perkembangan otak yang cantik melalui pemakanan dan makanan tambahan yang betul. Untuk anak perempuan akan alami fasa matang dengan kedatangan haid. Haid menyebabkan badan menjadi lesu dan lemah akibat kekurangan darah dan zat besi pada hari awal datang haid. Dengan itu, makanan/suplemen yang mengandungi zat besi (iron) sangat diperlukan bagi mengelakkan badan mudah penat, mual, pening atau lebih teruk pitam.

5 Tips Atasi Rasa Mengantuk di dalam Kelas

Minum air

Bekalkan anak-anak air masak ke sekolah dengan botol air berstraw mudahnya. Bagitahu anak-anak supaya minum air bila rasa mengantuk.

Kunyah kismis

Biasanya gula-gula jadi teman bila rasa mengantuk tapi cuba kita ubah kepada kunyah kismis atau kekacang (walnut, badam, pistachio, cashew). Bekalkan pada anak-anak dalam bekas kecil atau plastik yang mudah dicapai bila rasa mengantuk.

Cukup tidur

Ya, ini point paling penting sekali bagi atasi masalah ini. Anak-anak perlu cukup tidur, tak boleh kurang mahupun terlebih tidur. Kunci masalahnya adalah berapa lama anak-anak dapat tidur yang berkualiti? Ini juga merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi ibu ayah, anak-anak susah nak tidur awal walaupun dah bersekolah pagi dan petang. Kita perlu cari solusi supaya anak-anak dapat tidur yang cukup dan berkualiti setiap hari untuk kesihatan tubuh dan otak.

Gerakkan badan

Pesan pada anak-anak, bila mula rasa mengantuk pergi ke tandas untuk cuci muka. Cuba galakkan anak-anak aktif dalam kelas dengan bertanyakan soalan. Boleh juga buat regangan dengan menggoyangkan kaki, tangan dan kepala. Ajarkan cara tarik nafas supaya oksigen sampai ke otak bagi mengurangkan rasa mengantuk.

Ambil vitamin dan suplemen

Selain pemakanan harian, pengambilan makanan tambahan (suplemen) dan vitamin sama penting bagi menampung kekurangan nutrisi dalam pemakanan anak-anak. Kita takkan dapat elak dari memberi makan jajan/snek dan makanan proses pada anak-anak sebab itu yang mereka suka dan nak makan. Jadi bagaimana untuk pastikan anak-anak dapat nutrisi yang mencukupi serta bantu meningkatkan tenaga mereka? >>KLIK SINI<<

Ibu ayah pasti mahukan yang terbaik untuk kesihatan dan kecerdasan fizikal & mental anak-anak, dapatkan suplemen dan vitamin untuk mereka sekarang 💕

Menguruskan anak-anak yang bersekolah supaya kekal cergas dan bertenaga memang mencabar.  Tetapi dengan pengendalian dan cara yang betul, InsyaAllah ia beri kesan yang positif bagi perkembangan anak-anak kita.

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge