Kenapa Shaklee Produk Terbaik – Bukan Produk SAMPAH/CIKAI

Memang banyak produk yang boleh didagangkan meliputi kategori pakaian, makanan, peralatan, suplemen kesihatan, kosmetik, servis dan macam-macam lagi. Tetapi bagaimana untuk pastikan produk yang kita nak jual tu boleh menjadikan bisnes itu sebagai karier hidup?

Fokus kepada produk kesihatan. Kenapa?

  • produk untuk semua peringkat umur
  • produk untuk kesihatan khususnya
  • produk yang mempunyai potensi untuk pesanan berulang (repeat order) setiap bulan
  • produk yang disertai dengan servis

Lambakan produk kesihatan di pasaran memberi saingan senget antara satu sama lain. Cuma yang menjadi persoalan adalah tahap keselamatan dan keberkesanannya secara keseluruhan?

Falsafah Shaklee yang membuatkan produk ini berbeza daripada produk-produk kesihatan yang lain. Dengan memilih Shaklee, anda akan ketahui 3 perkara yang sebenar, iaitu:

Shaklee sentiasa SELAMAT (safe) . TERBUKTI (proven) . BERKESAN (effective)

Selain daripada 3 falsafah Shaklee, setiap produknya adalah Halal dari ISA yang diperakui oleh JAKIM [cek sini] dan lulus KKM [cek sini]. Walau bagaimanapun terdapat produk Shaklee yang tidak berdaftar di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) kerana ia di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) [cek sini] di mana tidak perlu berdaftar dengan KKM kerana ia di bawah kategori makanan.

Produk-produk di bawah BKKM seperti berikut:

  • ESP
  • Cinch Shake Mix
  • Vivix
  • Collagen
  • Mealshakes
  • Performance Drink
  • Nutriferon
  • Cinch Tea Mix

Serba Sedikit Latar Belakang Shaklee

Shaklee Co. diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee bermula tahun 1956 di A.S dan telah menapak di Malaysia pada tahun 1988 . Shaklee merupakan peneraju syarikat nutrisi semula jadi di A.S dan merupakan syarikat dalam kategori MLM yang paling lama beroperasi.

Falsafah Dr. Shaklee yang dipegang dalam hidupnya iaitu Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan berterusan tentang gaya hidup sihat yang memberi penekanan terhadap ‘natural’ dan ‘environmental friendly’. 

Walau bagaimanapun, prinsip pemakanan kesihatan ini tidak membelakangkan mana-mana institusi perubatan yang sedia ada. Malah bidang suplemen dan perubatan adalah berbeza.

Shaklee Utamakan Kesihatan

Keberkesanan produk Shaklee melangkaui produk organik di pasaran. Shaklee mensasarkan suatu gaya hidup sihat dengan melakukan 3 perkara utama berikut:

  1. Pilihan makanan yang sihat dan seimbang
  2. Melakukan senaman secara berkala
  3. Mengamalkan suplemen dengan bijak

Shaklee juga satu-satunya produk yang menjalani ujian Landmark Study iaitu suatu penanda aras yang menyokong pengambilan suplemen dalam jangka masa panjang di kalangan populasi pengguna yang pelbagai. [cek sini].

Shaklee juga sangat obses dengan penyelidikan klinikal dan saintifik bagi memastikan produk yang dihasilkan itu tulen, selamat dan dipercayai. Produk Shaklee disokong oleh 125 scientific papers dan presentation tentang perubahan terhadap kesihatan manusia. Kebanyakan jurnal yang diterbitkan melalui ‘peer reviewed’ (pakar-pakar lain di bidang berkaitan) berkenaan kemajuan sains, kesihatan dan planet kita. [cek sini]

Alam Semulajadi adalah Keutamaan

Shaklee bukan hanya tahu menghasilkan produk untuk keuntungan semata tetapi penjagaan alam sekitar amat dititik beratkan. Pematuhan terhadap hukum alam masih utuh sejak Shaklee ditubuhkan.

Shaklee sentiasa berpegang teguh kepada penyebaran kesedaran terhadap kepentingan keharmonian alam sekitar dan kehidupan yang sihat melalui program-program berikut:

Shaklee satu-satunya produk yang tidak berkrompomi dengan hal keselamatan dan alam sekitar demi menjaga kualiti produk yang dihasil untuk kesihatan manusia khususnya. Ini adalah sebab kenapa Shaklee merupakan produk terbaik untuk dijadikan bisnes sebagai Life Career.

MY HOTLINE:

Klik –> http://shakleepandanindah.wasap.my

FOLLOW ME:

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr