Aku stress!!! Macamana Nak Atasi Tekanan?

Dunia sekarang setiap dari kita pasti akan mengalami stress atau tekanan tetapi yang membezakannya adalah penyebab tekanan dan tahap keseriusan masing-masing. Tertekan dengan kesempitan hidup, pekerjaan, dengan traffic jam, tekanan dari keluarga, rakan sekerja atau pasangan. Ini common. Kesan stress/ tekanan tak sama bagi setiap individu. Tapi kalau setiap hari stress dan tidak ditangani dengan betul boleh menjadi risiko pada kesihatan mental dan fizikal. Jadi bagaimana untuk atasi/ kurangkannya?

Sebelum pergi lebih lanjut, ketahui dahulu punca dan penyebab tekanan yang dialami. Seperti yang telah dinyatakan, berikut adalah huraiannya.

Punca Stress/ Tekanan

  1. Masalah kewangan – Ini masalah global ditambah lagi dengan fenomena pandemik yang tidak berkesudahan. Ramai yang kehilangan mata pencarian, terlalu ramai yang terdesak untuk meneruskan hidup dengan keadaan ekonomi yang meningkat saban hari. Tidak dapat dinafikan bahawa masalah kewangan merupakan punca stress paling utama. 
  2. Kesesakan lalu lintas (traffic jam) – Menfokuskan pada warga ibu kota yang setiap hari mengharungi traffic jam pergi dan balik kerja takkan terlepas dengan rasa stress. Tekanan melampau akan wujud bila kita rushing ke sesuatu tempat dan terpaksa harungi jalan sesak maka emosi pun akan terganggu.
  3. Politik tempat kerja – Bagi individu yang bekerjaya pasti tidak akan terlepas daripada tekanan di tempat kerja. Bukan sekadar tugasan dan amanah yang diberi ditambah pula dengan sikap majikan atau rakan sekerja yang pelbagai karektor. Pembuli bukan hanya di sekolah sahaja wujud.
  4. Perhubungan sosial – Perhubungan yang melibatkan keluarga, pasangan, rakan-rakan, masyarakat juga tak lari dari menjadi punca stress. Banyak faktor yang melibatkan sesama manusia ini, teliti puncanya.
  5. Pencemaran – Hakikatnya banyak punca tekanan yang disebabkan pencemaran seperti pencemaran bunyi, udara dan air sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Banyak lagi punca yang menjurus kepada stress/ tekanan dalam kehidupan. Yang dinyatakan adalah yang biasa dan sering dialami masyarakat sejagat.

 

Kesan Stress/ Tekanan

Setelah dikenal pasti punca tekanan yang dialami, lihat pula apakah kesannya pada diri dan kehidupan harian anda. 

Mental
  • Sering lupa 
  • Hilang fokus
  • Berfikiran negatif
Emosi
  • Emosi tidak stabil
  • Kemurungan
  • Cepat marah
Fizikal
  • Insomnia (tidak boleh tidur malam)
  • Sakit kepala
  • Sistem penghadaman terganggu
  • Penyakit kronik (penyakit jantung, tekanan darah tinggi)

Semakin teruk tekanan/ stress yang dialami, semakin berisiko kepada masalah mental yang lebih kronik. 

Saranan untuk Atasi Stress/ Tekanan

Adakah anda sedang stress?

Adakah anda selalu stress?

Bagaimana anda kawal stress?

Jom kita kupas beberapa cara/ saranan yang mungkin sesuai untuk anda menangani tekanan/ stress yang dialami.

1 – Bertenang dan positifkan diri

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah bertenang. Cool kan diri dahulu bila kita dalam keadaan yang serabut. Masing-masing ada cara tersendiri. Perhatikan apa yang boleh menenangkan jiwa. Contohnya:

Stress traffic jam, dah lambat nak attend meeting penting! For sure kita akan drive laju dan mencilok selagi bolehkan. Bila tak lepas, confirm lagi stress…Lagi teruk kalau ter’accident‘. So perlu tenang dan fikir waras. Dalam keadaan ni, sama ada kita yang memang dah terlambat atau kita dah awal tapi traffic unexpected jam teruk. Kalau kita sendiri yang memang dah lambat, makanya terimalah natijah atas sikap sendiri dan perbaiki utk masa hadapan. Ya! Kene terima akibat dari perbuatan sendiri tak perlu salahkan traffic jam tu. Utk keadaan ke-2, unexpected traffic jammed, hubungi orang yang berkenaan untuk maklumkan keadaan anda dan teruskan pemanduan. Dalam hati zikirlah dan doakan baik² supaya lancar. 

Positifkan minda dan buang segala pemikiran dan aura negatif dalam diri. Paling senang senyum 😊 Pentingnya kita berada di dalam positive environment. 

2 – Konsultasi pakar kesihatan

Pertimbangkan keadaan stress yang dialami dan jika perlu untuk dapatkan konsultasi dari pakar kesihatan. Merujuk kepada individu yang merasakan tekanan yang dihadapi telah mengganggu kehidupan sehariannya. Anda jangan rasa takut atau ambil ringan dengan keadaan yang dialami kerana dikhuatiri menjadi lebih teruk jika tidak dirawat. Dapatkan nasihat dan rawatan segera. Ceritakan bagaimana keadaan dan tekanan yang dirasai (rujuk kesan yang telah dinyatakan di atas tadi).

Jika anda merupakan individu yang mengenali mereka² yang dalam keadaan tertekan, nasihatlah mereka untuk mendapatkan rawatan sewajarnya, usah dibiarkan. 

3 – Luahkan pada insan terdekat

Kenal pasti dan cari individu yang rapat dan sentiasa menjadi pendengar yang baik. Sebagai umat Islam, luahkan pada yang Maha Mendengar. Orang terdekat berbeza antara kita, ada yang ahli keluarga, pasangan, rakan mahupun imam atau ustaz yang dikenali bergantung kepada punca tekanan itu terjadi. Mustahil dalam kehidupan kita, tiada siapa yang berada di samping untuk berkongsi rasa atau masalah. Jika perlu, minta insan terdekat untuk menemani anda bertemu dengan pakar kesihatan.

4 – Aktiviti fizikal

Cara release stress in a fun way adalah melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti jogging, bersenam, hiking, jalan-jalan cuci mata, bermain dengan insan tersayang. Jika ia melibatkan kewangan, kenal pasti hobi yang disukai supaya boleh mengalihkan sedikit rasa tertekan itu dan beri masa supaya boleh berfikir untuk penyelesaian yang baik. Berurut, bermeditasi dan beribadah juga merupakan teknik yang baik untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. 

5 – Tidur

Tidur adalah terapi paling berkesan untuk merehatkan tubuh dan emosi yang terganggu. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Bagi yang mengalami imsomnia, cuba cari sesuatu yang boleh membuatkan anda tertidur seperti membaca, mendengar muzik, dan jika tidak berkesan bawalah diri bertemu pakar kesihatan. 

6 – Pemakanan seimbang 

Dalam apa jua keadaan kita, makanan sangat penting. Tetapi perlu diambil berat corak pemakanan yang diamalkan. Pengambilan kerap fastfood, process food, alkohol dan merokok pastinya bukan untuk tubuh dan minda yang sihat. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran serta bijiran dan kekacang. Walau bagaimanapun, pemilihan makanan juga perlu bergantung kepada tahap kesihatan anda dan rujuklah pada pakar kesihatan. 

Di sini juga ingin saya tekankan soal pengambilan makanan tambahan (suplemen) dan juga vitamin sebagai penyokong nutrisi untuk tubuh dan otak. Dunia sekarang, terlalu banyak makanan yang sedap dan mengenyangkan tetapi tidak menyihatkan. Hakikat yang kita tak boleh elak dan perlu ambil perhatian. Biasa dengarkan, asal stress je makan, asal makan je stress 😅 Salah di sisi undang-undang kesihatan tubuh tu… 

Suplemen dan Vitamin untuk Kekal Tenang

Dengan ini, saya kongsikan suplemen dan vitamin yang diperlukan untuk bantu menangani tekanan/ stress.

Dengan itu, cuba amalkan pemakanan yang seimbang, beriadah, berfikiran positif dan ambil suplemen dan vitamin untuk kesihatan optimum. 

Untuk makluman, saya bukan pakar kesihatan atau psikologi hanya sebagai penulis blog dan suka berkongsi kebaikan suplemen dan vitamin untuk kesihatan. Jika anda perlukan sokongan atau rawatan perubatan, silalah pergi ke hospital atau klinik-klinik berdekatan untuk konsultasi daripada pakar perubatan yang bertauliah. 

Sebagai ikhtiar untuk pemakanan suplemen dan vitamin, boleh rujuk pada saya selaku perunding vitamin anda ✌

Tanya saya sekarang 😉👇

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge