Alamak Jerawat! Kenali Punca Dahulu untuk Atasinya dengan Betul

Kulit wajah tanpa cela menjadi igauan sekalian manusia terutamanya kaum Hawa. Kononnya, dari dahi yang licin turun ke hati Kakanda 😁 Tidak dinafikan, masalah jerawat boleh meletakkan diri seseorang seperti ‘kera sumbang’ lebih suka mengasingkan diri daripada orang lain akibat tiada keyakinan diri dan malu untuk menonjolkan diri. Atasinya sebelum ia kekal menjadi parut.

Jerawat!!! Tidaaaaaak….

Umpama mimpi ngeri bila muka naik benjolan-benjolan kecil yang menyakitkan. Lagi perit apabila ia meradang dan membesar sehingga bernanah 😭Sebelum kita bertindak untuk atasinya, ketahui dahulu punca jerawat supaya mudah proses menyahkannya dari muka.

Jerawat terjadi apabila sebum (bahan berminyak yang melincirkan rambut dan kulit) dan sel kulit mati menyumbatkan folikel rambut. Bakteria akan mencetuskan keradangan dan jangkitan menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk. [sumber]

Sebelum kita tahu cara untuk atasi masalah jerawat ini dengan berkesan dan selamat, ketahui apakah penyebab masalah jerawat ini dahulu supaya mudah untuk elakkan dan hapuskannya.

8 Punca & Penyebab Jerawat

1) Ketidakseimbangan Hormon

Kebiasaannya, peringkat remaja fasa bermulanya masalah jerawat. Dari alam kanak-kanak ke remaja melibatkan perubahan hormon yang agresif.

Jerawat berlaku akibat penghasilan minyak pada bahagian kulit yang dikenali sebagai sebum. Sel-sel kalenjar minyak pada bahagian kulit kita sangat sensitif kepada hormon testosteron (hormon lelaki – androgen). Apabila berlaku lebihan hormon, maka sel-sel ini akan menghasilkan lebihan minyak dan jerawat terbentuk terutamanya bagi remaja lelaki kerana masa itu peningkatan hormon testosteron adalah normal. Bagi wanita pula, biasanya yang berumur 40-an ke atas kerana ketika ini hormon wanita (estrogen) menurun dan hormon testosteron pula meningkat – Dr. Norman Norawi

Wanita khususnya mungkin boleh mengalami ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan berlakunya PCOS dimana penghasilan hormon androgen lebih tinggi yang boleh menyebabkan masalah jerawat di kalangan wanita diperingkat remaja hingga dewasa.

2) Corak Pemakanan

Gaya pemakanan harian tidak dapat dibuktikan secara langsung sebagai punca masalah jerawat. Tetapi indirectly, pengambilan makanan yang tinggi gula boleh memberi kesan paras insulin dalam tubuh sekaligus mempengaruhi hormon lain dalam tubuh termasuk androgen. Selain itu, makanan bergoreng, berminyak, berlemak. pedas boleh menyebabkan keradangan jerawat pada kulit.

3) Jangkitan Bakteria

Bakteria Propionibacterium acnes (P. acnes) merupakan sejenis bakteria yang dijumpai pada sel kulit manusia. Makanannya adalah sebum dan kulit mati pada permukaan kulit. Bilangan P. acnes ini lebih banyak pada individu yang mempunyai masalah jerawat dan perlu lebih berwaspada dalam menangani masalah jerawat kerana jika jari kerap menyentuh, bakteria-bakteria ini akan tersebar di kawasan kulit lain.

4) Tekanan (stress)

Selain hormon androgen, keadaan stress boleh menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin dan kortisol  secara berlebihan penyebab kepada pengeluaran jerawat yang banyak.

Hormon adrenalin dan kortisol memberi kesan kepada pengeluaran minyak pada kulit. Apabila penghasilan kedua-dua hormon itu meningkat, kulit akan mengeluarkan minyak dengan banyak dan tekanan (stress) akan menyebabkan perubahan kimia pada minyak itu dan menjadi lebih tebal dan berat. – Observer.com

5) Sinaran Matahari

Punca jerawat bukan akibat sinaran matahari secara langsung tetapi ia terjadi apabila kulit terdedah kepada panas menyebabkan berpeluh. Tindak balas minyak yang terhasil pada kulit dengan peluh akan menyumbatkan liang roma pada kulit. Memburukkan lagi keadaan apabila kulit terdedah kepada pencemaran (radikal bebas dan bakteria) yang akan menyebabkan keradangan.

6) Penggunaan Make up & Cosmetic

Wanita dan make up memang sinonim tetapi ia boleh menjadi punca kepada tumbuhnya jerawat. Lagi burukkan keadaan jika make up yang digunakan mempunyai bahan terlarang dan bahan kimia berbahaya. Pastikan wajah dibersihkan selepas ber’make up‘ terutamanya sebelum tidur malam.  Dan pilihlah alat kosmetik yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan semulajadi.

7) Bantal dan Pakaian/ Tuala

Ye bantal busuk ke atau bantal baring kita boleh menjadi punca kepada jerawat yang timbul. Ini kerana tempat berkumpulnya kuman dan bakteria dari rambut dan mungkin peluh yang keluar semasa tidur. Sebab itu perlu pastikan sarung bantal kerap ditukar basuh dan bantal itu sendiri dijemur at list seminggu sekali.

Salah satu cara untuk pastikan bantal yang kita tidur setiap hari itu bersih, alaskan tuala/kain kecil yang bersih setiap hari dan perlu ditukar hari-hari. Ini untuk mengelakkan kulit muka terdedah kepada kotoran dan bakteria yang ada pada bantal anda. – atas nasihat seorang doktor kulit semasa saya mengalami masalah jerawat yang kronik dahulu 😉

Tuala juga perlu bersih terutama yang sapu pada muka. Dan cara untuk lap muka pun hanya dap-dap sahaja usah di sapu kerana ia boleh merebakkan bakteria pada jerawat di kawasan lain.

Jika anda jenis berpeluh, perlu pilih pakaian yang serap peluh kerana ia akan menyebabkan jerawat muncul di belakang badan, di dada atau leher. Belakang badan juga mempunyai ribuan kalenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Pastikan kebersihan terjaga setiap hari bukan hanya muka, badan juga.

8) Tabiat

Tabiat adalah perkara yang dilakukan berulang kali dan kita akan lakukan tanpa sedar contohnya memegang kulit muka dengan tangan yang kotor, mengutil atau memicit jerawat nasi (whitehead/blackhead) yang timbul dengan kuku. Ini tabiat yang buruk dan mengundang padah pada kulit anda. Kuku adalah tempat pengumpulan bakteria yang banyak manakala kulit muka kita fragile bergantung kepada jenis kulit masing-masing.

Ada punca jerawat yang boleh kita elak tetapi ada juga yang kita tak boleh elak seperti masalah hormon, jangkitan bakteria dan mungkin stress. Bagaimanakah untuk atasi punca-punca jerawat seperti ini? Berbalik kepada cara hidup dan pemakanan. Terdapat pelbagai petua dan cara semulajadi untuk atasi dan hilangkan jerawat. Anda juga pasti mahu ikhtiar dengan pengambilan nutrisi tambahan semulajadi yang selamat kerana ia lebih mudah. Apa tu?

Tanya saya sekarang 😉👇

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge