Cara Melegakan Sakit Slip Disc (Disc Prolapse) Tanpa Pembedahan Berulang

Sekali anda telah di diagnos mengalami masalah sakit belakang yang teruk, anda berisiko untuk mengalami penyakit slip disc (disc prolapse). Ia mungkin bermula dengan rasa kebas-kebas sehingga ke jari kaki diikuti dengan kesakitan di antara kaki kiri atau kanan untuk bergerak. Bukan setakat itu sahaja, kesakitan melampau boleh terjadi ketika dalam keadaan pegun (seperti baring/duduk) dan kemudian hendak bangun dari kedudukan pegun itu sangat menyeksakan. Ada kes yang sukar untuk mengawal pembuangan air kencing. Jika anda telah merasainya, adakah cara untuk melegakan kesakitan ini tanpa perlu menjalani pembedahan kali pertama atau kedua, ketiga & seterusnya?

Slip disc ini adalah disebabkan disc (kusyen pelapik sebagai pelindung tulang dari kecederaan) dalam tulang belakang yang terkeluar dari posisi asalnya dan menyebabkan radang dan sakit.

 

Terdapat 2 bahagian pada setiap disc iaitu bahagian dalam yang lembut bergelatin dan bahagian luar yang bersifat keras. Kecederaan yang berlaku mungkin disebabkan bahagian dalam disc yang terkeluar dari kedudukannya hingga ke bahagian luar mengakibatkan rasa sakit dan kurang selesa. Apabila berlaku penghimpitan saraf berdekatan, ia akan membuatkan rasa kebas.

Disc pada tulang belakang kita boleh mengalami pelbagai masalah seperti berikut yang mengundang kepada masalah slip disc.

Tonton video ini untuk melihat bagaimana slip disc berlaku 👇

Sumber

Penyebab Slip Disc

  1. Umur – Masalah tulang biasanya sejajar dengan peningkatan umur. Ini kerana bahagian luaran yang melindungi disc menjadi cepat haus dan menyebabkan disc lebih mudah beralih dari tempat asalnya. Kemungkinan lain, disc menjadi kering mengakibatkan lebih mudah terkena slip disc.
  2. Obesiti – Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, ia adalah punca utama kepada masalah slip disc kerana tulang belakang tidak mampu menampung berat badan yang berlebihan.
  3. Kemalangan – Kesan kemalangan yang menyebabkan hentakan pada tulang belakang boleh mengakibatkan slip disc.
  4. Pergerakan drastik secara tiba-tiba – Berhati-hati kepada wanita khususnya yang mana terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sehingga boleh menyebabkan slip disc apabila melakukan pergerakan yang cepat dan tiba-tiba. Terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak, kadang-kadang pergerakan ibu diluar kawalan.
  5. Mengangkat objek yang berat – Bagi pekerja-pekerja buruh khususnya melakukan kerja angkat objek berat setiap hari perlu berhati-hati. Selain itu, situasi pindah pejabat atau rumah yang perlu mengangkat kotak atau perabot berat Beperlu diberi perhatian supaya tidak menyebabkan tulang belakang terbeban dan beri tekanan yang kuat sehingga boleh menyebabkan disc bergerak.
  6. Otot lemah akibat kurang nutrisi – Akibat daripada punca-punca di atas, ia berkait rapat juga dengan kekurang nutrisi dan mineral dalam tubuh yang membantu untuk kuatkan tulang sepertu kalsium, magnesium, collagen dan lain-lain. Sumber mineral ini sangat penting untuk kesihatan tulang manusia dan ia akan berkurangan sejajar dengan peningkatan umur.
  7. Rutin yang sedenteri – Bermaksud rutin harian bagi pekerja-pekerja di pejabat/bekerja dari rumah dan selalu duduk tanpa banyak pergerakan. Ini boleh memberi tekanan yang tinggi pada tulang belakang bahagian bawah ketika kita duduk.

Postur badan juga perlu diambil perhatian dalam mencegah masalah ini. Postur badan yang betul bantu tulang belakang normal dan terhindar dari sebarang kecederaan yang tidak diingini.

 

Gejala Slip Disc

  • Berasa sakit di bahagian pinggang, peha dan kaki ke bawah pada sebelah kaki sama ada kanan atau kiri (bergantung kepada disc yang terkeluar)
  • Berasa kebas atau menyucuk-nyucuk di tangan dan kaki
  • Tidak dapat mengawal pembuangan air kencing
  • Boleh menyebabkan lumpuh

 

Cara Penyelesaian untuk Melegakan Kesakitan Slip Disc

1️⃣ Berehat atau Bedrest 

Apabila kesakitan melanda, anda perlu rehatkan badan dengan berbaring mengikut keselesaan di atas lantai rata atau berlapikkan tilam dengan bantal di kepala dan bawah kaki. Perlu sentiasa ubah posisi mengikut keselesaan seperti mengiring dan meletakkan bantal di celah kaki. Ingat, elakkan berada pada posisi yang sama terlalu lama kerana ia akan menyakitkan lagi.

2️⃣ Berjalan

Jika mampu. cuba berjalan dalam 10 – 20 minit dalam jarak yang dekat pada permukaan yang rata (bukan curam, mendaki atau bertangga). Ini untuk meminimakan kesakitan dan tidak timbul masalah sakit kaki. Ulanginya setiap 2-3 jam sekali.

3️⃣ Ubat-ubatan

Kesakitan melampau membuatkan pesakit perlu mendapatkan prekripsi ubat daripada doktor. Antara ubat- ubatan yang diberi:

  • ubat tahan sakit bagi meredakan kesakitan
  • Muscle relaxants bagi mengurangkan kekejangan otot
  • ubat saraf bagi melegakan sakit saraf yang kronik

4️⃣ Terapi Haba dan Ais

Kaedah ini mampu mengurangkan rasa sakit dan terbukti secara klinikal keberkesanannya. Lakukan seperti berikut:

  • Guna hot water bag/heating pad pada suhu sederhana dan tekapkan pada bahagian yang sakit selama 15 – 20 minit. Lakukan 2 – 3 jam sekali
  • Mandi atau berendam dalam air suam dan lalukan air pada bahagian yang sakit
  • Gunakan pek ais dan tekapkan pada bahagian yang sakit selama 10- 15 minit dan ulang 2 – 3 jam sekali
  • Boleh gunakan ketulan ais dan balutkan dalam tuala nipis dan tekapkan pada kawasan yang sakit

5️⃣ Fisioterapi

Aktiviti yang akan diberikan oleh ahli fisiologi terlatih kepada pesakit untuk menjalani pergerakan-pergerakan yang dapat membantu melegakan kesakitan. Kebiasaannya peringkat permulaan, jadual akan diberikan supaya pesakit boleh menjalaninya di hospital yang dilawati. Terdapat 2 kali sesi fisio (pagi dan petang) sehari jika anda ‘warded’ di hospital selepas menjalani pembedahan/surgeri ataupun perlu berulang ke hospital 2 minggu sekali mengikut jadual yang disediakan. Amalkan setiap pergerakan dan langkah yang diajar untuk dipraktikkan di rumah.

6️⃣ Rawatan Pembedahan/Surgikal

Ini adalah pilihan terakhir yang boleh dipertimbangkan dan atas saranan doktor bagi mengelakkan kerosakan saraf dan kesakitan bertambah teruk.

Antara pembedahan yang boleh dilakukan:

  • Mikrodiscetomy – Kaedah pembedahan di bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut
  • Disc Replacement – Kaedah penggantian keseluruhan disc yang rosak dengan disc palsu kembali ke tempatnya

 

Atasi dengan Suplemen Semulajadi yang Selamat dan Berkesan

Masalah slip disc bukan seperti penyakit bermusim seperti demam, batuk selsema. Ubat hanya bantu melegakan kesakitan sahaja bukan untuk merawat keseluruhannya. Ia perlu disertai dengan cara-cara fizikal seperti yang dikongsikan di atas.

Jika anda dikalangan yang berisiko untuk menghidapi masalah slip disc ini, lakukan pencegahan segera dengan mengamalkan suplemen yang betul.

Cadangan suplemen untuk slip disc 👇

Klik gambar untuk pembelian terus ☝

1) Vivix (minuman polifenol)

Bantu menghasilkan set yang sihat dan berkualiti serta baik pulih sel-sel yang rosak. Kerapuhan/kerosakan disc adalah disebabkan penuaan sel yang berlaku serta kekurangan nutrien dalam tubuh. Kandungan dalam Vivix yang kaya dengan polifenol dan resveratrol bantu menguatkan keanjalan disc, memperbaiki struktur sel dan menyokong kesihatan sendi

2) OmegaGuard (minyak ikan omega 3)

Omega-3 merupakan minyak ikan yang bersifat anti-inflamasi (anti-radang) terbaik. Boleh bantu mengurangkan keradangan dan kesakitan serta bengkak pada sendi dan otot. Kesan slip disc menyebabkan kesakitan dan keradangan yang teruk, jadi omegaguard bantu untuk meredakan bengkak dan kesakitan.

3) Ostematrix (pil kalsium)

Mineral yang diperlukan oleh tulang iaitu kalsium, magnesium dan beberapa vitamin dan mineral lain bagi sokongan kesihatan tulang, ligamen, sendi dan otot. Ostematrix merupakan suplemen lengkap untuk tulang kerana ia bantu merangsang enzim untuk memadatkan tulang supaya tidak mudah rapuh, mengandungi mineral sokongan untuk bantu atasi masalah sendi, meningkatkan kualiti kusyen (disc) sendi dan tulang rawan.

4) Collagen Powder (kolagen sisik ikan)

Kolagen sangat penting dalam tubuh bagi mengekalkan keanjalan kulit mahupun disc. Kolagen bantu pelihara komposisi matrik struktur sendi dan tulang rawan serta mengelakkan kehilangan jisim akibat penuaan sel dan mengatasi kesakitan sendi dan inflamasi otot.

5) B Complex (vitamin B lengkap)

Vitamin B bantu menjaga kesihatan saraf untuk kekal sihat. Kesan slip disc biasanya akan memberi impak kepada struktur saraf dan boleh menyebabkan kecederaan pada saraf dan paling kronik lumpuh. B Complex juga terkenal dengan vitamin anti-stress. Pesakit slip disc akan menyebabkan kesakitan melampau dan ini bantu untuk mengawal emosi serta bantu motivasikan pesakit dari terus murung dan tertekan.

 

Apa Kata Mereka yang Ikhtiar dengan Suplemen Shaklee?

 

 

 

 

Nak jimat sehingga 20% dan peluang mendapat cash bonus?

Jom sertai saya dengan klik gambar di bawah 👇

 

HUBUNGI SAYA SEKARANG!

 

*PERHATIAN: Pastikan anda dapatkan cadangan serta pandangan dari doktor/pakar perubatan atas masalah yang anda hadapi. Suplemen Shaklee hanyalah makanan tambahan yang bantu memenuhi keperluan nutrien untuk tubuh kita. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge