Cara Mengatasi Bacaan Hb Rendah ketika Hamil dengan Berkesan

Perjalanan menjadi seorang ibu adalah sangat getir. Pelbagai cabaran dari mula ikhtiar untuk hamil sehinggalah melahirkan. Perjuangan bukan setakat itu, menjadi seorang ibu yang akan membesarkan zuriat juga penuh drama dan suka duka. Walau bagaimanapun, ia adalah pengalaman paling indah dalam hidup seorang wanita 💓

Di sepanjang tempoh kehamilan, terdapat bakal ibu yang akan mengalami masalah Hb rendah (anemia) yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap si ibu dan anak. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan dan selamat?

Apa itu Hb Rendah (Anemia)?

Pengalaman saya mengandung, kebiasaannya setiap kali checkup bulanan akan ada 3 perkara yang nurse akan periksa, iaitu bacaan tekanan darah, warna air kencing dan bacaan Hb. Bagi ibu-ibu yang alami masalah Hb rendah, part cek HB lah yang paling merisaukan. Ya, pernah alami semasa mengandungkan anak yang ke-2.

Hb iaitu hemoglobin ini merupakan sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dan disalurkan ke seluruh tubuh badan. Kadar Hb bagi lelaki dan wanita adalah berbeza tetapi kita fokus pada wanita hamil sahaja. Paras normal Hb adalah 12 – 15g/dl tetapi apabila hamil, paras Hb normal rendah sedikit iaitu 11 – 12g/dl akibat daripada perubahan hormon yang berlaku. Ia akan menjadi masalah dan berbahaya apabila bacaan Hb menjadi kurang daripada 11g/dl. 

Masalah Hb rendah ini berlaku apabila kurangnya sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh meyebabkan fungsinya terganggu. Ia juga dikenali sebagai Anemia dan perlu diberi perhatian lanjut kerana boleh mempengaruhi kekurangan berat badan janin, kelahiran pramatang dan kematian si ibu.

Punca-punca Hb Rendah (Anemia)

  1. Pemakanan tak seimbang menyebabkan kurangnya zat besi (iron), asid folik (vitamin B9), vitamin B12 dan vitamin C dalam tubuh si ibu
  2. Kelemahan/asalah penyerapan nutrisi terutamanya zat besi melalui makanan yang dimakan oleh ibu tidak dapat diserap secara optimum
  3. Mempunyai masalah kesihatan – penyakit Talasemia, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), pendarahan serius dsb
  4. Pembawa faktor masalah genetik (Talasemia)

Siapa yang berisiko?

  • Kehamilan anak kembar
  • Jarak kehamilan yang rapat dengan sebelumnya
  • Alami alahan (morning sickness) yang teruk dan asyik muntah
  • Ibu muda remaja yang hamil (bawah 20 tahun)
  • Menghidap anemia sebelum mengandung
  • Amalan pemakanan tak seimbang, kurang zat besi dan vitamin C
  • Mempunyai masalah kesihatan (talasemia)

 

Tanda-tanda Hb Rendah (Anemia)

  • Rasa cepat letih dan badan jadi lemah
  • Pening, sakit kepala dan rasa nak pitam
  • Sesak nafas, rasa tak cukup nafas, mencungap-cungap
  • Degupan jantung yang laju dan tidak teratur/ rasa berdebar-debar (palpitation)
  • Kulit jadi pucat terutama bibir dan kuku
  • Sukar untuk memberi tumpuan/fokus
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

Risiko Hb Rendah (Anemia)

Kesan terhadap Ibu:

  • Kebarangkalian untuk alami keguguran meningkat
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit
  • Mudah mendapat penyakit jantung
  • Berisiko menghadapi tumpah darah selepas bersalin
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Paling ditakuti adalah kematian si ibu

Kesan terhadap Anak:

  • Kelahiran bayi pramatang
  • Berat bayi kurang
  • Bayi menghidapi anemia
  • Bayi mengalami masalah perkembangan yang terbantut dan perlahan, fungsi otak yang lembap
  • Paling dikuatirkan kematian bayi sebelum/selepas dilahirkan

Masalah Hb rendah tidak boleh dipandang enteng kerana melibatkan nyawa ibu dan anak. Sebab itu nurse-nurse akan bagi amaran agak keras bagi memastikan bacaan Hb meningkat kepada normal.

 

Pemakanan yang Boleh Bantu Masalah Hb Rendah (Anemia)

Sumber makanan yang kaya dengan zat besi disarankan untuk mengatasi masalah Hb rendah ini. Tetapi pengambilannya perlulah berpada-pada. Pastikan diet seimbang sesuai dengan ibu hamil.

1 perkara yang saya perasan semasa mengalami masalah Hb rendah semasa hamil anak ke-2 tahun 2012, saya sangat suka minum neslo ais, setiap hari 😅 Memang pada masa itu, saya mengalami masalah Hb rendah setiap kali checkup bulanan, berat pun tak naik-naik. Perkara ini disebabkan pengambilan kafein yang kerap ketika mengandung. Ini kerana kafein bertindak menghalang penyerapan zat ke dalam tubuh, terutama zat besi yang sangat penting ketika hamil. Itulah sebab utama mengapa Hb menjadi rendah dari yang sepatutnya. Oleh itu, elakkanlah minuman berkafein sepanjang tempoh kehamilan kerana tiada langsung manfaat untuk ibu dan anak.

 

Apa yang Suplemen Boleh Bantu untuk Masalah Hb Rendah ini?

Dalam keadaan ini, ibu hamil WAJIB mencukupkan keperluan nutrisi untuk tubuh sendiri dan anak yang dikandung. Makan banyak tidak menjamin bahawa kesemua nutrisi dalam makanan dapat diserap keseluruhannya dan badan dapat nutrien lengkap. Silap-silap, berat badan lelamak je yang bertambah, boleh jadi masalah berat berlebihan pula dan menjurus kepada masalah kencing manis 😰

Oleh itu, pengambilan suplemen selaku makanan tambahan adalah suatu usaha terbaik untuk kebaikan tubuh ibu dan anak. bagi masalah Hb rendah, disarankan untuk ambil set berikut:

Mari kita tonton pengakuan seorang ibu dari Sabah ini yang setiap kali hamil akan mengalami Anemia. Apa tindakan beliau?

 

Walaubagaimana pun, saya sarankan untuk ibu hamil mengambil Set Lengkap Kehamilan Shaklee yang mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan anak dalam kandungan. Sebab apa?

Mari kita tonton pula pengalaman seorang ibu yang ketika hamil selain menghidapi Hb rendah yang kronik, beliau juga alami sering pitam, kejang kaki dan sembelit yang teruk. Apakah tindakan beliau?

Anda boleh dapatkan Set Hamil Shaklee ini bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 Boleh juga klik pada gambar berikut untuk belian terus 👇

Nak jimat sehingga 20% dan peluang mendapat cash bonus?

Jom sertai saya dengan klik gambar di bawah 👇

 

HUBUNGI SAYA SEKARANG!

Whatsapp 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

*PERHATIAN: Pastikan anda menjalani checkup bulanan tanpa gagal dan dapatkan cadangan dan pandangan dari doktor/pakar perubatan atas masalah yang anda hadapi. Suplemen Shaklee hanyalah makanan tambahan yang bantu memenuhi keperluan nutrien untuk tubuh kita. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Anda juga mahu tahu...

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge