Kenal Pasti Jika Anda Diserang Demam Denggi dan Tindakan yang Perlu Dilakukan

Bersangkutan dengan pengalaman yang telah dilalui oleh eboo sekeluarga diserang demam denggi <baca sini>, berikut adalah serba sedikit info mengenai penyakit ini dan anda perlu tahu tindakan yang perlu dilakukan sebelum terlambat. Tahukah anda, demam denggi boleh membawa maut?

Demam denggi merupakan jangkitan virus yang merebak melalui nyamuk Aedes Aegypti (berada dalam persekitaran dalam rumah )dan Aedes albopictus (berada di luar persekitaran rumah ) yang telah dijangkiti.

sumber

Terdapat empat jenis ‘serotype’ virus yang telah dikenal pasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4 dan kesemua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Jika anda diserang salah satu serotype akan menyebabkan tubuh anda imun seumur hidup terhadap serotype tersebut tetapi anda boleh dijangkiti serotype yang lain.

Biasanya di Malaysia, situasi demam denggi yang berlaku sama ada demam denggi biasa atau pun demam denggi berdarah (Dengue Hemorrhagic Fever, DHF). Walau bagaimana pun, kerenjatan denggi (Dengue Shock Syndrome, DSS) boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang mana boleh menyebabkan maut. Sebab itu, jangan ambil ringan dengan penyakit ini. 

Tanda & Gejala 

Kenali tanda-tanda berikut untuk pastikan sama ada anda dijangkiti demam denggi atau demam biasa:

  1. Demam yang tinggi (mencecah 40 -41°C) secara mengejut dan berlarutan
  2. Sakit kepala dan sakit di belakang mata (bola mata)
  3. Sakit sendi dan otot 
  4. Letih tak bermaya
  5. Loya dan muntah
  6. Tiada selera makan
  7. Sakit perut dan cirit-birit
  8. Ruam (biasanya akan keluar selepas 3-5 hari mula demam)
  9. Ada pendarahan (hidung, gusi atau lebam)
  10. Pitam (denggi berdarah)

Langkah yang Perlu Diambil 

Prosedur biasa yang disarankan oleh doktor adalah untuk buat pemeriksaan darah jika demam berulang-ulang & tidak kebah² selama 3 hari berturut-turut kerana kebiasaannya demam akan terjadi selepas hari ke-tiga (3) hingga ke-14 hari selepas digigit nyamuk aedes. Secara khususnya memang tiada ubat khas untuk rawat demam denggi. Apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

  • pastikan berjumpa doktor dahulu untuk maklumat lanjut. Rawatan awal boleh mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini
  • banyakkan minum air masak 
  • rehat dan tenangkan diri dari kesibukan dunia
  • ambil paracetamol untuk mengurangkan demam dan kesakitan 
  • Mandi jerlum atau demah kepala & badan 

Petua yang Boleh Diikhtiarkan

Sebenarnya petua yang biasa diamalkan ini adalah dari sumber makanan yang tinggi zat nutrisi. Bergantung kepada antibodi badan masing-masing juga. Walau bagaimanapun, ikhtiar itu suatu yang dituntut bagi mempercepatkan tempoh penyembuhan dan meningkatkan kembali sistem pertahanan tubuh untuk melawan virus denggi ini.

Sup Ketam

Masa suami kena denggi, ikhtiar juga dengan sup ketam. Tapi mungkin tak cukup power hanya sekali hidangan tak cukup nutrien yang diperlukan untuk melawan makanya tiada kesan yang diperolehi 😂 Sup ketam mengandungi protein  yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan kandungan platlet darah. 

Jus Daun Betik

Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, pengambilan jus daripada daun betik dapat mempercepatkan pemulihan bagi pesakit denggi. Jom kita tengok cara-cara untuk buat jus daun betik ni:

Jus Jambu Batu Merah

Memandangkan jambu batu merah mengandungi vitamin C yang dapat membantu meningkatkan imuniti bagi melawan virus denggi. 

Minuman Isotonik

Fungsi minuman isotonik adalah untuk pastikan badan terhidrasi (elak kekurangan air dalam badan). Biasanya, orang akan cadangkan untuk minum air 100+ tapi jika nak lebih sihat disarankan untuk ambil Performance Drink Shaklee. Highly recommended

Air Kelapa Muda

Ini pun famouskan kalau demam denggi sebab ia bantu menambah keperluan mineral yang hilang dalam tubuh kita akibat serangan virus denggi dan selainnya dapat menyejukkan badan. 

Suplemen Semulajadi yang Selamat dan Berkesan

Bila badan lemah, selera makan tiada kita perlukan makanan tambahan yang bantu untuk boost energy dan zat nutrisi yang hilang. Solusi yang kita boleh usahakan adalah pengambilan vitamin dan suplemen yang khusus untuk meningkatkan sistem pertahan tubuh badan kita. Set yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Sebarang pertanyaan lanjut dan berminat untuk order, maklumat lanjut seperti di bawah. Kita harus berikhtiar selebihnya kuasa Allah jua untuk lekas-lekas sembuh. Hakikatnya, kesihatan lagi mahal dari wang ringgit 💕

 

Tanya saya sekarang 😉👇

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

2 Comments

Leave a Reply to Eboo Idziani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge