Nyah kau Jerawat! Atasinya dengan Betul & Berkesan

Muka bersih tanpa cela tiba-tiba seketul jerawat timbul. Boleh buat meroyan. Macamana pula perasaan mereka yang terpaksa menghadapi berketul-ketul jerawat di muka? Ia sangat menyakitkan luaran dan dalaman. Punca dah tahu, sekarang apakah cara atau langkah untuk mengatasinya?

Perkara asas dalam menangani masalah jerawat ini semuanya bermula dengan disiplin diri sendiri. Penjagaan dan kebersihan terutamanya wajah dan juga rambut perlu diambil berat. 

Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, terdapat dua (2) faktor utama yang perlu diteliti dan diambil tindakan iaitu, faktor pemakanan serta faktor fizikal.

Cara untuk Atasi Masalah Jerawat dengan Betul dan Selamat

A – Faktor Pemakanan

Kawal Pengambilan GULA (sugar intake)

Lihat semula pemakanan harian kita. Pengambilan karbohidrat ringkas (gula putih, roti putih, donut, biskut, fries etc) tergolong daripada makanan indeks glisemik yang tinggi (iaitu makanan yang mudah dan cepat hadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah – sumber). Keadaan ini boleh menyebabkan keradangan dan meningkatkan penghasilan hormon androgen seperti testosterone.  Seperti yang telah dinyatakan dalam artikel punca jerawat sebelum ini, ketidak seimbangan hormon ini boleh menyebabkan kulit sangat berminyak dan menyuburkan jerawat di muka.

Dengan itu tukar meal plan anda. Ambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah seperti (buahan, sayuran, kekacang, telor, protein soya etc) pastinya elak gula putih ataupun makan real food bukan makanan proses.

Kawal Pengambilan BAHAN TENUSU (dairy intake)

Pengambilan susu yang berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat kerana kandungan dalam susu lembu iaitu sejenis hormon insulin-like growth factor 1 (IGF-1insulin-like growth factor 1 (IGF-1)

Amalkan PEMAKANAN ANTI-RADANG (anti-inflammatory)

Biasanya punca jerawat bagi orang dewasa adalah disebabkan keradangan berbanding golongan remaja. Oleh itu, makanlah makanan yang mempunyai anti radang seperti berikut:

Source: Havard Health

Selain itu, pengambilan makanan tambahan yang mempunyai anti keradangan seperti omega-3 dan resveratrol  sangat membantu bagi menangani masalah jerawat ini.

Cukupkan NUTRISI yang Penting (Nutritional Deficiencies)

Bukan hanya tubuh badan, kulit juga sangat perlukan nutrisi tertentu supaya kekal sihat dan bebas dari keradangan (seperti jerawat). Nutrien penting yang diperlukan oleh kulit adalah;

  • Vitamin A – hati (liver), minyak ikan kod, salmon, lobak, keledek, Carotomax Shaklee
  • Vitamin E – kacang badam, bayam, avocado, Vitamin E Shaklee
  • Zink – daging merah, kerang, pumpkin seeds, Zinc Complex Shaklee
  • Selenium – Ikan kod, tuna, salmon, kekacang (brazil nuts), Vitamin E Shaklee
  • Asid lemak – ikan, OmegaGuard Shaklee
  • Vitamin B6 – ikan, roti, sayuran, soya, telur, B Complex Shaklee

Banyakkan sayuran dan buah-buahan di dalam diet harian bagi peroleh vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kulit yang sihat.

Baik pulih KESIHATAN USUS (Gut Health)

Masalah kulit berkaitan secara langsung dengan kesihatan usus manusia dimana masalah saluran pencernaan boleh menyebabkan keradangan, tekanan oksidatif, kawalan glisemik dan bakteria patogen.

Jika anda mengalami masalah pencernaan seperti sukar untuk membuang air besar, proses detoksifikasi adalah disarankan. 

Anda perlu amalkan makanan yang tinggi probiotik, suplemen detoks yang bantu masalah sembelit dan melancarkan sistem perkumuhan (herblax dan alfalfa complex) serta pengambilan buah-buahan dan sayuran yang tinggi serat.

B – Faktor Fizikal

Kawal Tekanan

Tekanan boleh memberi kesan tidak baik pada keseluruhan kesihatan manusia. Oleh kerana itu, mengawal tekanan adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang masalah dan keradangan pada tubuh dan kulit muka. Tekanan melibatkan emosi dan fizikal yang memberi kekejangan pada tubuh kita. 

Dengan itu, jalani aktiviti yang menghiburkan diri setiap hari. Berikan sedikit masa untuk lakukan perkara-perkara yang disukai. Kenal pasti juga perkara-perkara yang menyebabkan stress serta pemakanan yang boleh menyebabkan jangkitan, masalah pencernaan pada tubuh sekaligus penyebab timbulnya jerawat. 

Tidur yang Cukup dan Berkualiti

Tidur yang mencukupi dan berkualiti merupakan asas kepada kehidupan yang sihat. Ketidakcukupan tidur boleh menyebabkan hormon tidak seimbang dan ini boleh mengundang tekanan sekaligus jerawat terjadi. 

Amalkan tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap hari, tidur sebelum jam 10 malam dalam keadaan yang gelap bagi membantu penghasilan hormon melatonin untuk keseimbangan hormon. 

Senaman & Beriadah

Lakukan senaman secara berkala, konsisten setiap hari tetapi usah keterlaluan, biarlah berpada-pada mengikut kemampuan diri. Tujuan bersenam dan beriadah ini adalah untuk memberi tubuh lebih stamina dan tidur yang berkualiti.

Penggunaan Alat Makeup dan Set Penjagaan Kulit Muka yang Semulajadi

Kajian menganggarkan lebih 12 juta manusia dewasa menggunakan bahan-bahan kimia yang bersifat karsinogen pada tubuh setiap hari. Kita juga mudah terdedah kepada bahan kimia yang boleh mengganggu tahap kesuburan dan pembentukan bayi bagi ibu mengandung.

Antara sedar atau tidak, pernahkah kita meneliti segala jenis produk (sabun, ubat gigi, syampu, bedak etc) yang digunakan setiap hari itu selamat?

Ya, produk-produk yang beracun dan tinggi bahan kimia berbahaya ini yang menyumbang kepada masalah kulit yang lebih teruk dan boleh merosakkan sistem tubuh badan kita sendiri. 

Dengan itu, pastikan barang-barang harian yang digunakan itu selamat, berunsurkan bahan semulajadi seperti produk-produk Shaklee (Youth Skincare dan Get Clean set) yang diyakini sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan.

Catat dalam Diari

Walaupun kita mengalami masalah jerawat yang sama, tetapi cara penyelesaian dan solusi adalah berbeza setiap dari kita. Dengan itu, kita sendiri perlu kenal pasti punca dan penyebab jerawat.

  1. Kesan makanan yang kita ambil setiap hari yang boleh menyebabkan jerawat timbul dan alami keradangan
  2. Catatkan aktiviti fizikal, senaman yang dibuat, tahap tekanan harian dan kuantiti & kualiti tidur yang memberi kesan pada kulit

Setiap perubahan pada kulit, hanya kita sahaja yang tahu jika diteliti dengan betul. 

Tanya saya sekarang 😉👇

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge