Pengalaman 3 Beranak Demam Denggi, Usah Ambil Mudah

Kisah cuti raya Cina yang lepas, eboo sekeluarga pulang ke rumah bonda di Sendayan, Negeri Sembilan. Di mana percutian kali ini memberi seribu makna kepada kami sekeluarga. Ditakdirkan eboo, suami dan anak bujang disyaki demam denggi. Berikut diceritakan pengalaman yang eboo sekeluarga lalui.

Percutian gembira kali ini bertukar menjadi tragedi bila mana 5 dari ahli keluarga besar eboo dijangkiti demam denggi. Cerita lanjut berkisahkan eboo, inche suami dan anak bujang sahaja. 

Kisah Eboo

Selang 2 hari selepas balik semula ke KL (Jumaat malam – 8/2/2019) eboo mula rasa tak sedap badan, badan rasa sengal, kepala mula berdenyut, badan seram sejuk menggigil, panas tak semena-mena demam. Dari Jumaat malam bawa ke hari Sabtu seharian demam melepek tak larat untuk buat apa pun. Hanya makan panadol 2 biji selang 6 jam. Keesokan pagi (Ahad) baru larat untuk ke klinik (klinik faveret tapi bukan doktor feveret bertugas masa tu). Doktor hanya sahkan kena tonsil sebab tekak merah. Kalau ikutkan langsung takda sakit tekak, langsung takda batuk dan selsema. Cuma ada bagitahu doktor yang palpitation menyerang sekali sekala. Itu pun katanya sebab rasa risau melampau jantung jadi laju 🤨 Dah diceritakan juga baru balik bercuti dari kawasan wabak denggi dan kalau ikutkan masuk hari ke-3 tu eboo demam. Akhirnya prescription ubat yang diberi cukup 5 serangkai (antibiotik, demam, batuk, selsema, sakit tekak). Yang makan hanya antibiotik dan ubat demam je sebab yang lain tak berkenaan 😣 

Seterusnya, demam masih on off, badan masih sakit dan sengal paling terasa kat pinggang, selera makan hilang berlarutan hingga hari Selasa (12/2/2019) decide untuk ke klinik yang sama untuk ambil darah. Alhamdulillah ditemukan dengan doktor feveret (doktor yang mahu mendengar cerita kita dan berikan konsultasi terbaik). Pada masa ini, bawa sekali inche suami dan anak bujang yang mula demam tak kebah-kebah. Keputusan darah diterima melalui phone call pada malam tu dan diberitahu untuk rujuk ke hospital bagi rawatan lanjut kerana platlet darah menurun dari paras normal. So keesokan harinya pergi ke klinik itu semula untuk dapatkan referral letter untuk dibawa ke hospital. 

Hari Rabu (13/2/2019) ambil darah di hospital, platlet semakin menurun. Doktor buat confirmation blood test untuk denggi dan result adalah negatif. Pada hari ini, badan terasa gayang (seperti low blood pressure) dan masih kurang selera makan. Bahagian kaki dan tangan terasa gatal-gatal dan malam tu kulit mula kelihatan merah seperti rashes. Tapi malam ni demam dah tiada. Keadaan ini menunjukkan tanda-tanda penyembuhan (healing crisis) sedang berlaku.  Keesokannya hari Khamis (14/2/2019) kembali semula ke hospital untuk ambil darah dan keputusan menunjukkan platlet semakin menaik, Alhamdulillah. Sesi cek darah berlarutan sehingga hari Sabtu (16/2/2019) dan result platlet semakin menaik dan kembali normal. 

Kisah Inche Suami

Berbalik pada hari Selasa (12/2/2019), suami mula demam. Memandangkan selang 6 hari selepas pulang dari rumah bonda berkemungkinan terjangkit dari eboo (tapi bukan melalui udara, air liur tau berkemungkinan dari nyamuk aedes yang dijangkiti). Hari yang sama eboo ambil darah, inche suami dapat ubat asas kerana difikirkan hanya viral fever kerana beliau batuk dan selsema. Selang 2 hari, demam berlarutan tak kebah-kebah sampai merah padam mukanya. Selera makan juga tiada, paling teruk beliau kena cirit birit. Makanya pada hari Khamis (14/2/2019), suami join sekali ke hospital untuk ambil darah dan serta merta beliau admitted dan warded. Ini kerana beliau dehydrated akibat cirit birit. 

3 simptom utama yang akan ditanya melibatkan demam denggi:-

  • ada cirit-birit?
  • ada muntah-muntah?
  • ada pendarahan di mana-mana seperti dalam mulut, mata, hidung?

Jika ada salah satu atau ketiga-tiga simptom ini, pihak hospital akan terus tahan dan dimasukkan ke wad untuk pemantauan lanjut. 

Bagi kes suami eboo, disebabkan beliau demam lebih 3 hari, mengalami cirit birit, hilang selera makan, badan sengal kepala sakit, hasil ujian darah pun mengesahkan beliau demam denggi. Bukan itu sahaja, hari ke-3 warded (Sabtu 16/2/2019) suami disahkan terkena jangkitan kencing tikus (Leptospirosis) kerana demam yang terlalu tinggi dan tak kebah-kebah. Punca jangkitan tak dapat disahkan, hanya berpendapat kemungkinan dari makanan luar.

Hati-hati semua, jangkitan kencing tikus bukan hanya dari mandi sungai tapi banyak lagi faktor luaran yang kita tak sedar 😓

Rawatan denggi hanyalah drip air, perlu banyak minum air dan buang air kecil. Manakala lepto drip antibiotik dalam badan.

Pada hari Ahad (17/2/2019), badan suami dah keluar rashes which is a good sign for dengue patient. Inche suami warded sehingga hari Selasa (19/2/2019) iaitu selama enam (6) hari di hospital. 

Kisah Anak Bujang

Aturan Allah itu yang terbaik. Disembuhkan eboo untuk jaga anak di hospital. Ammar anak kedua dari 3 beradik dan satu-satunya anak bujang eboo. Hari Selasa (12/2/2019) Ammar start demam sama dengan ayahnya so pegi ke klinik feveret dapat ubat asas juga kononnya ingat demam biasa sebab batuk dan selsema. Kes Ammar sama seperti ayahnya demam tak kebah-kebah sampai muntah-muntah (ingatkan sebab batuk), selera tak ada, sakit kepala dan belakang mata katanya. Makanya hari Khamis (14/2/2019) bawa juga ke hospital untuk cek darah. Tapi result pada haritu ok 👌 Platlet cantik lagi above 200 dan doktor diagnos sebagai viral fever sahaja. Tapi doktor minta untuk teruskan pemeriksaan darah keesokannya di Klinik Kesihatan (KK). Jumaat (15/2/2019), eboo dan Ammar ke KK untuk continue cek darah dan result harini platlet Ammar semakin berkurang. Demamnya juga on off, selera masih tiada dan muntah-muntah. 

Hari Sabtu (16/2/2019), pergi lagi ke KK untuk cek darah. Last day untuk eboo cek darah manakala permulaan untuk Ammar dimasukkan ke hospital disebabkan platletnya menurun hingga di bawah paras normal, dehydrated, muntah, gusi berdarah setiap kali gosok gigi dan demam. Ammar terpaksa naik ambulans dan dihantar ke unit kecemasan hospital zon merah sebelum dihantar ke wad. 

Selama 3 hari Ammar di hospital dan eboo yang menjaganya perlu pastikan Ammar minum air yang kerap dan kencing selalu. Semuanya perlu disukat (minum air dan buang air kecil). Dari catatan yang dibuat doktor boleh monitor keadaan pesakit selain daripada tanda-tanda yang ada. Demam denggi memang tak ada ubat, penawarnya hanyalah air. 

Alhamdulillah… Perkembangan Ammar positif. Tanda-tanda penyembuhan dimana keluar rashes (merah-merah) pada kulit dan Ammar alami gatal-gatal di bahagian tapak kaki sahaja.  

Kesimpulannya, demam denggi tak sama rasanya dengan demam biasa atau viral fever. Cukup 3 hari kalau demam tak baik-baik, cek terus darah di KK (sebab result dapat cepat dan kalau sah denggi akan terus refer ke hospital). Perlu alert kalau demam lepas balik dari tempat yang terang-terangan kawasan denggi (ada banner). Walau bagaimana pun, usah ambil mudah dengan demam denggi kerana tanpa rawatan sewajarnya boleh membawa maut. 

Pengalaman eboo 3 beranak kena demam denggi cukup memberi kesan pada kami sekeluarga. Perlu lebih berhati-hati supaya tidak dijangkiti lagi. Tubuh perlukan sistem pertahanan yang lebih baik bagi mengelakkan serangan virus denggi. Semasa demam denggi, selera memang hilang terus jadi badan akan mengalami kekurangan nutrien yang drastik. Dengan itu pengambilan suplemen yang khusus adalah sangat disarankan.

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge