Suplemen Bantu Alahan Ketika Hamil yang Selamat & Berkesan

Ibu hamil yang mengalami alahan ketika hamil adalah normal tapi perlukan penjagaan yang lebih rapi dari segi pemilihan makanan dan rutin harian. Jika ibu mengalami muntah yang kerap sehinggakan tidak boleh masuk apa-apa makanan atau minuman, perlu dapatkan khidmat nasihat doktor. Kemungkinan anda mengalami masalah Hyperemesis Gravidarum. 

Selain dari pemilihan pemakanan harian, suplemen dan vitamin tertentu boleh membantu untuk mengatasi masalah alahan si Ibu dengan selamat dan berkesan.

Cadangan Suplemen Semulajadi, Selamat dan Berkesan untuk Alahan Ibu Hamil

1️⃣ Ginger (Halia)

Halia merupakan bahan yang biasa digunakan untuk masalah perut termasuk morning sickness, colic, sakit perut, cirit birit, hilang selera makan dan macam-macam lagi. Halia mengandungi bahan kimia yang boleh mengurangkan rasa loya dan keradangan.

Berdasarkan penyelidikan, bahan kimia yang terkandung dalam halia berfungsi terutamanya dalam perut dan usus, selain itu, ia boleh juga bekerja di otak dan sistem saraf untuk mengawal loya.

2️⃣ Peppermint (Pudina)

Peppermint berguna untuk melegakan rasa loya/morning sickness serta masalah perut kembung. Boleh ambil terus suplemen berbentuk tablet seperti Peppermint-Ginger Plus, kombinasi halia dan daun pudina dalam 1 tablet.

 

3️⃣ Vitamin B6 dan B12

Vitamin B lengkap adalah penting untuk ibu hamil dan dikenali sebagai vitamin anti-stress.

Vitamin B6 penting untuk fungsi otak dan sistem saraf yang sihat mempunyai peranan yang penting dalam perkembangan bayi anda. Khususnya, ia perlu untuk pengeluaran hormon serotonin dan norepinefrin, neurotransmiter utama. Selain itu, B6 juga membantu redakan rasa mual.

Vitamin B12 boleh mengurangkan keletihan dan bantu penghadaman.

4️⃣ Vitamin C

Vitamin C kaya dengan antioksidan serta bantu memberi tubuh badan terhidrat. Makan buah-buahan segar seperti buah apple, kiwi, citrus, melons dan berries atau boleh ambil suplemen Chewable-C Plus yang mempunyai rasa masam bagi meredakan rasa mual ibu hamil.

Jika ibu mengalami muntah yang berterusan sehingga menyebabkan kehilangan banyak air, dicadangkan untuk ambil supplemen Performance Drink yang kaya dengan vitamin C dan bantu menghidratkan semula tubuh badan.

5️⃣ Magnesium & Calcium

Kedua-dua mineral ini bantu mengurangkan masalah kekejangan otot sekaligus bantu simptom-simptom yang menyebabkan rasa mual dan loya seperti pening dan sakit kepala. Ostematrix merupakan pil kalsium yang lengkap dengan 7 mineral penting untuk kesihatan tulang dan meredakan kekejangan otot.

6️⃣ Vitamin D

Vitamin D boleh diperoleh daripada cahaya matahari di waktu pagi. Berjemur di bawah sinaran mentari dalam 20 minit setiap hari. Walau bagaimana pun, sinaran matahari kini tidak seperti beribu tahun yang lalu, tidak memudaratkan kulit akibat sinaran UV yang merbahaya. Solusi terbaik adalah dengan pengambilan suplemen yang mempunyai Vitamin D seperti Ostematrix.

 

Walau bagaimana pun, pengambilan set hamil Shaklee yang lengkap bantu ibu-ibu mengharungi perjalanan mengandung dengan lebih tenang dan sihat InsyaAllah. Dengan penambahan beberapa jenis lagi suplemen yang perlu untuk mengurangkan rasa loya dan mual di awal kehamilan.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi saya sekarang 😍👇

 

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge