Ibaratnya, disangkakan panas berpanjangan tetapi rupa-rupanya hujan lebat di tengahari. Mendalami hati seorang ibu yang sangat inginkan cahaya mata selepas menjalani tempoh merancang kehamilan. Mari ikuti kisahnya…
Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan ni tapi tak pernah benar benar merasainya.
Saya seorang ibu kepada 2 orang anak. Kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan mereka songsang disebabkan masalah bicornuate uterus(rahim abnormal). Walaupun melahirkan secara pembedahan saya bersyukur dan redha kerana sekurangnya saya dikurniakan cahaya mata berbanding mereka yang kes mcm saya, ada yang tak berpeluang ada cahaya mata.
Jarak kedua-dua anak saya tak begitu jauh. Anak sulung setahun lebih, saya dah hamil anak kedua. Alhamdulillah tiada masalah semasa hamil atau selepas melahirkan.
Terpaksa Ambil Implanon untuk Jarakkan Kehamilan
Setelah melahirkan anak kedua, atas nasihat doktor saya menjarakkan kehamilan dengan mengambil implanon sebagai perancang bermula Disember 2011. Saya memakainya selama 3 tahun. Selama tu juga saya tidak datang period.
Selepas menanggal implan pada Disember 2014 , saya fikir tahap kesuburan saya akan kembali normal. Yer lah memandangkan jarak kedua anak sebelum ni pun tak jauh sangat. Jadi saya fikir saya ni jenis subur agaknya jadi sebaik menanggal implan mesti senang je nak lekat.
Period dah kembali normal. DUA TIGA TAHUN berlalu masih belum ada apa-apa tanda. Saya mula risau. Saya pernah bertanyakan pada doktor, menurut doktor memang ada sesetengah orang setelah memakai implan tahap kesuburan lambat untuk kembali normal.
Saya pun mula berusaha, pada mulanya saya mengambil vitamin kesuburan secara konsisten seperti B-Complex yang dilengkapi asid folic. Kemudian Gla Complex untuk meningkatkan kesuburan. Di samping vitamin asas yang lain yang saya dah ambik sebelum-sebelum ni lagi.
Beberapa bulan masih juga menunggu.
Menangis Hampa bila Haid Datang
Setiap kali haid agak hampa. Saya pernah menangis jugak bila haid datang. Baru saya memahami perasaan siksanya penantian itu. Dengan orang sekeliling yang asyik bertanya bila nak tambah dan terutama anak-anak sendiri yang asyik bertanya “bila kita nak dapat baby” oh tertekan jugak kadang-kadang. Yerlah saya sendiri risau juga dengan umur semakin bertambah. Saya cuma jawab “kita doa sama-sama oke”
Pada awal Januari 2018 suplemen CoqTrol berada di pasaran. Saya mendengar kelas daripada pakar nutrisi betapa pentingnya pengambilan Coq dalam memberi tenaga pada sel sel tubuh badan kita. Rupanya sel ovum merupakan sel terbesar dalam badan wanita. Dan sel sperma pula merupakan sel terkecil dalam badan manusia.
Dan untuk pergerakan aktif sel-sel ini bertemu “cinta hati” memerlukan “tenaga”. Dan CoqTrol dapat membantu meningkatkan tenaga sel-sel ini. Ada ujian yang dijalankan menunjukkan kesan pengambilan suplemen ini pada jumlah sperma dan pergerakan sperma. Keyakinan saya bertambah bila ada seorang customer berkongsi pengalaman dia ikhtiar hamil, kata doktornya “this suplemen(coq10) is very good for your ovum”. Mendengarkan ini buat saya fikir, saya dan suami memerlukan tambahan suplemen ni, mungkin ada yang belum cukup.
‘Struggle’ Sepenuh Hati untuk Hamil Akhirnya Membuahkan Hasil
Sebaik berada di pasaran saya terus beli dan makan bersama-sama suami. Sambil meneruskan vitamin-vitamin lain sebelum ni. Saya juga lebih mengambilberat dengan waktu subur, saya mencatatnya, menggunakan bantuan application di smartfon dan juga menggunakan ovulation kit.
Saya betul-betul berusaha kali ni selain dari terus berdoa dan minta orang sekeliling mendoakan juga.
Alhamdulillah dengan izinNya. Setelah habis sebotol CoqTrol, period saya lambat dan syukur saya disahkan positif hamil anak ketiga. Ye, Pada usia anak kedua 7 tahun. Jarak sungguh kali ni. Suka betul kakak-kakak mendapat berita kehamilan ini. Kini, Kandungan dah nak masuk 5 bulan, gerakan baby pun dah mula dirasai. Terasa rindu sungguh perasaan ni. Doakan kami ye.
Melalui ‘struggle’nya berusaha kali ni buat saya ingin berkongsi kisah ini. Pada yang masih menanti cahayamata jangan putus asa. Teruskan usaha. Usaha perlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan. Melaburlah untuk kesihatan kita dan pasangan. Bila badan sihat, sel sihat insyaAllah badan kita akan sedia untuk hamil. Dan paling penting senjata utama kita adalah DOA.
Kongsikan kisah ini jika anda juga ingin membantu orang-orang sekeliling. Semoga perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah syukur pada Allah, terima kasih atas doa semua dan terima kasih Shaklee.
Kembalikan Peluang untuk Hamil selepas Merancang secara Semulajadi dan Selamat
CoQ-Trol Plus

GLA Complex

B complex

ESP

Sebarang cadangan suplemen adalah bergantung kepada keadaan dan masalah individu itu sendiri. Servis saya bersekali dengan konsultasi eksklusif untuk anda yang beli dengan saya. Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama saya secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘
Nak jimat sehingga 20% dan peluang mendapat cash bonus?
Jom sertai saya dengan klik gambar di bawah 👇
HUBUNGI SAYA SEKARANG!
Whatsapp 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my
FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat
FB: ridzianizr
*PERHATIAN: Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan dari pakar perubatan dahulu untuk teliti perancangan kehamilan sebelum berikhtiar dengan rawatan alternatif.
PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
10 Comments
memang sedih kalau setiap bulan usahakan hamil tapi tidK berjaya..mujur ada shaklee
zara recently posted…Agen Shaklee Berdekatan Anda
Hanya yang terbaik untuk keperluan si ibu dan anak 🙂
best sgt set produk hamil shaklee nii
Sungguhla Intan memang best 🙂
seronoknya bila tahu diri ini hamil…
Pakaian sentiasa wangi walaupun dijemur di dalam rumah
Betul. Sangat bahagia 🙂
Produk Shaklee memang berkesan utk kesuburan bukan sahaja untuk isteri, tapi juga utk suami.
Sungguh! Kita tak perlu risau akan keselamatan jangka panjang malah beri kesihatan yang lebih baik utk sekeluarga
Orang yg nak ikhtiar utk hamil kena ambil supplemen ni..
Betul tu Bazilah. At list kita usahakan yang terbaik kan 🙂