Percutian Zulied Family ke Cameron Highlands – 3 Hari 2 Malam

Percutian julung kalinya keluarga eboo berlima ke Cameron Highlands. Sebelum ni, pernah 2 kali jejakkan kaki ke Tanah Tinggi Cameron tapi masa kecik-kecik dulu dengan mak ayah dan sekali lagi urusan kerja di sana so pergi dengan colleague. Nak cerita pengalaman dulu memang tak ingat dah, so eboo share percutian kali ini.

Apa yang menarik dan tempat makan yang best kat Cameron Highlands ni? Masa mula-mula decide untuk pergi bercuti, ada beberapa tempat lagi dalam pertimbangan tapi akhirnya Cameron Highland juga menjadi destinasi keluarga eboo tahun 2018. Memandangkan keluarga eboo dilengkapi dengan anak-anak yang masih kecil (8, 6 dan 2 tahun), jadi persediaan agak rapi juga. Ikuti 5 tips percutian keluarga dengan anak kecil >>DI SINI<<

1st day…

Percutian tahun 2018 adalah pada Cuti Maulidur Rasul yang lepas. Kami bertolak hari Isnin jam 7 pagi sehingga hari Rabu malam baru sampai ke KL semula. Perjalanan dari KL ke Cameron Highlands mengambil masa dalam 3-4 jam. Pergi kami ikut jalan Simpang Pulai, Perak ini kerana memikirkan keselamatan dan kemudahan untuk keluarga eboo dengan anak-anak kecil. Melalui jalan ini lebih jauh berbanding jalan Tapah tapi jalannya lebih lebar, selekoh tidak terlalu tajam dan langsung tidak memabukkan 😅 Anak-anak pun enjoy dengan scenery sepanjang perjalanan walaupun dah tak jauh lagi nak sampai, ada yang boring lah, ada yang tanya kenapa kita tak naik bukit sebab jalannya tak ketara sangat menaik 😂 Part yang dorang excited, bila buka tingkap angin sejuk menerpa. Bukan anak je yang seronok, maknya pun sama 😍

Untuk makluman, percutian kali ini eboo telah siap-siap buat tempahan bilik di Nova Highlands Resort & Residence, Brinchang melalui pencarian di Trivago. Eboo memilih resort ini kerana lokasinya di Brinchang dan kedudukannya yang strategik selain daripada tawaran harga yang diberikan. Disebabkan tempahan bilik telah dibuat, jadi perjalanan kami banyak persinggahan sebelum sampai ke hotel untuk check-in jam 3 petang.

Image result for nova highlands resort & residence

View dari depan resort
Sumber: Google

Image result for nova highlands resort & residenceNova Highlands
View 2-Bedroom Suite sesuai untuk eboo ber🖐
1 bilik queen bed; 1 bilik ada 2 single bed
Sumber: Google

Overall 3.5/5⭐ eboo bagi. Ini kerana ada sedikit gangguan waktu malam. Keseluruhannya, ok jek cume tak banyak masa pun spend time dalam bilik sebab banyak keluar jalan². So agak tak berbaloi spend more money untuk accomodation kalau semata-mata untuk tidur je. So rancang percutian anda okeh supaya boleh minimumkan budget!

Jika melalui Sg. Pulai, tempat persinggahan pertama adalah Green View Garden. Di sana dapatlah bergambar dan makan aiskrim Lavender yang berharga RM9.90 sekon. Tapi agak mengecewakan sebab tekstur aiskrimnya cepat cair, tak betul² freeze. Dah le mahal, 1st time makan lak tu 🙄 Nasib baiklah masa ni bunga² mekar cantiklah bila bergambar. Cuma ada section yang tak berfungsi/ditutup untuk penyelenggaraan.

Seterusnya kami pergi ke ladang anggur Blue Valley. Memang betul² ladang kitorang masuk 😂 lagi syok takda buah anggur pun hahaha.. Sebabnya bukan musim buah masa tu. Diberitahu pekerja kat situ musim buah anggur pada bulan Februari. Bergeraklah kami ke destinasi seterusnya dengan hampa kuikuikui…

Okeh seterusnya singgah ke Cameron Valley Tea House (Kuala Terla). Haaa.. kat sini siapa yang suka nak adventure² untuk 4×4 Safari dan ATV ride memang dekat situ je tempatnya yang dipanggil Cameron Adventurous.

Sumber: Google

So masa eboo di sini hanya menikmati keindahan alam dari puncak ladang teh Kuala Terla. Ambil² gambar, anak² bermain di lorong² pokok teh. Kat situ pun memang ada cafe tapi masa tu perut sangat lapo tapi makanan yang disediakan sangatlah ringan untuk perut kami so takdelah melepak di cafenye tu.

Diteruskan lagi perjalanan singgah ke Cameron Lavender Garden. Memandangkan masa tu perut dah keroncong, hujan renyai mula turun pulak eboo dan suami decide untuk tidak masuk ke Cameron Lavender Garden dahulu, postpone ke esok paginya. Masa nak menuju ke kereta, nampak 1 kedai kecil je kat situ. Tanpa buang masa kami lunch di situ yang ada hanya nasi ayam. Syukur Alhamdulillah…

Jam dah pukul 2.30 petang makanya kami terus menuju ke resort yang telah dibooking untuk check-in. Masuk bilik , excited² tengok bilik, kemas² apa yang patut, dah solat semua keluar balik jalan².

Petang tu kami pergi ke pasar Kea Farm tu jalan² cuci mata aje. Kekonon survey² dulu apa yang nak dibeli & bawak balik nanti. Sempat jugaklah beli kudap² ubi dan jagung 😋 Memang rancang akan pegi Kea Farm semula pada hari nak balik so boleh borong apa yang boleh borong kah³!

Sumber: Google

Sumber: Google

Selepas tu terus tuju ke Restoren Taman Apple (TAC) untuk dinner makan steamboat. Sejujurnya steamboat di situ takde kelainan atau keistimewaannya pun 😅 Cukuplah hanya angin sejuk sepoi² bahasa yang dirasai dengan dekorasi yang agak menarik memang tumpuan pelancong pun. Kat laluan untuk ke restoren tu ada macam pasar malam kecik kat situ. Eboo bagi 3⭐ je hihihi…

So selesai makan malam, kami pun balik ke hotel untuk berehat dan bersedia untuk esoknya pula.

2nd day…

Selepas breakfast kat hotel, terus menuju ke Cameron Lavender Garden yang dipostpone semalam. Tiket untuk dewasa RM10 dan kanak² RM7. Kat sana for sure lah bergambar², beli aiskrim strawberry je tak jumpa pulak aiskrim lavender 🤣 Tapi strawberrynya masaaaaaaaaaaaaaaam! Haih! rindu pulak strawberry kat Korea 🥰🥰🥰 manis leting rasanya..

Dah puas bergambar² singgah kat souvenir shop kat situ macam² cenderahati ada jual. Nama pun Lavender Garden haruslah beli sesuatu yang berunsurkan lavender ye tak?

Kemudian kami ke Ee Feng Gu Bee Farm. Sebelah hotel aje tempatnye hihi.. Dapatlah masuk ladang madu dengan lebah yang berkerumun bunga secara FOC je. Beli sebotol madu dengan anak² hisap madu tiub ada macam² jenis madu.

Waktu lunch kami ke medan selera Brinchang/Tanah Rata. Tak banyak kedai buka masa tu so rezeki kedai tulah kami duduk makan kat situ, nothing special hanya mahal je cas makanannya.

Lepas makan yang sepatutnya kenyang tapi nape perut ni rasa tak berapa kenyang hahaha… so kami singgah ke Cafe KHM Farm di Taman Sedia. Okeh nak highlight kat sini scone die sedap! Dok rasa kat tempat lain memang tak sesedap kat sini. Tak taulah kalau tak kena tekak anda tapi tekak eboo memang kena sangat sampai teringat². Strawberry jam die pun puas hati ada banyak buah. Sebotol RM7.50 kalau beli banyak murah sikit. Anak² makan aiskrim strawberry choc pun sedap 🤤🤤🤤

Perut dah kenyang so pergi pulak ke Big Red Strawberry Farm. Kekonon nak beli pokok tapi tak terbeli kat situ. Ambil² gambar dan beli sikit souvenir untuk kawan² anak eboo. Eboo jenis suka kumpul fridge magnet berbanding keychain. Akan beli fridge magnet yang melambangkan tempat itu sebagai kenang-kenangan.

Seterusnya singgah Cactus Point. Haaa kat sini anak² dok borong kaktus ler siap dengan ring potnye sekali. Masing² pilih jenis kaktus yang dorang nak. Layankan aje…

Petang makin larut dalam jam 5.30 masa tu sempat singgah ke Orchid & Rose Garden. Kedudukannya belakang hotel kami je so sempat jugalah habiskan masa kat situ. Kat sini ada tiket masuk; dewasa RM6 dan kanak² RM4. Keadaan taman ni tidak begitu menarik kerana dalam proses renovation dan pokok² dalam tu macam tak terbela dengan baik. But still eboo enjoy je dengan hirup udara dingin segar bauan daun² bunga² yang ada kat situ. 1 point extra anak² dapat bergambar dengan kambing 🤣

Then balik hotel bersihkan diri, solat semua kami keluar untuk dinner. Malam kedua plan untuk makan shellout di Anjer’s Corner, Sg Ruil. Not bad! Sejujurnya itulah 1st time kami sekeluarga bershellout 🙈 Tak merasa kat KL tapi merasalah kat CH, Alhamdulillah… So untuk bagi rating tak valid.

Lepas layan shellout, kami lalu ke Tringkep dan singgah gerai² tepi jalan tu untuk borong souvenir lagi. Lebih kurang je pun harga kat tempat² lain tapi mungkin design berbeza. So setel untuk hari ke-2.

3rd day…

Hari terakhir kami di Cameron Highlands dimulakan dengan breakfast kat hotel juga. Lepas tu bergerak ke Kea Farm untuk borong apa yang boleh dibeli kat sana. Ikutkan di sini harga lebih murah untuk souvenir dan yang famousnye jagung mutiara. Kena pandai bezakan sebab tiruan je situ. Hakak pun terkena dek non 😅 Mana taknya hari nak beli jagung tula peniaga tu cuti 😭 So kalau korang nak cari peniaga tu, ce cari ‘ahseng’ (bukan nama sebenar) ni 👇

Sumber: Facebook

Selepas membeli belah di Kea Farm, singgah pulak kat YZ Agro Cafe. Kedudukannya bersebelahan je dengan Cafe KHM Farm. Sebab nak rasa scone kat situ, sekali macam rasa oklah lepas ni better ke Cafe KHM Farm saje huhu.. lebih murah dan puas hati 🤭

Jam dah menunjukkan hampir jam 12, kami pun check-out dari Nova Highlands Resort & Residence. Before balik tu singgah ke Agro-Tech Park Mardi. Masuk bertiket; Dewasa RM5 manakala kanak² RM2. So kat situ lah beli pokok². Rambang mata tengok pokok rasa nak beli semua. Dengan pokok bunganya dan pokok herba. Masa kat situ dah tengari so panas bahang gak rasa sebab tempat terbuka.

Seusai beli pokok, pergi lunch di Medan Selera, Tanah Rata makan nasi campur dengan cucur & kepok lekor. Setel makan dan solat diteruskan perjalanan ke Ladang Teh Bharat – Cameron Valley Tea House 2. Bharat Tea house ni ada 2 tapi kami sempat singgah yang #2 je. Tak larat pula nak meninjau ladang teh kat bawah nun makanya kami hanya menikmati Teh Masala bersama dengan scone set. As I said, scone kat sini pun tak dapat tandingi rasa kat Cafe KHM Farm tu 😋

Dan akhirnya tiba masa sirih pulang ke gagang. Bertolak jam 5.15 petang melalui Tapah (jalan bengkak bengkok) dan selamat sampai ke KL jam 10 malam. Perjalanan makan masa lebih lama berbanding masa pergi kerana cuaca hujan masa tu so memang inche suami drive penuh berhati². By the way eboo dan anak² dapat menikmati kedinginan dan suasana hutan yang menyejukkan mata dan jiwa.

Semua perancangan tempat tinggal, tempat melawat, tempat makan adalah merujuk pada beberapa penulisan dan pengalaman mereka² sebelum ini. Semoga dengan pengalaman eboo sekeluarga ini juga dapat beri gambaran kepada anda yang 1st time nak merasai percutian keluarga dengan anak² yang masih kecil. Perancangan awal dan rapi sangat penting jika dengan anak² terutama yang masih kecil. >>DI SINI<<

Hubungi saya 👇

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr