3 Tips Asas Menjadikan Bisnes Anda sebagai Life Career

Suatu ketika dulu, hanya lelaki yang membanting tulang bagi menyara institusi keluarga. Zaman kian berubah, wanita pula keluar rumah untuk mencari rezeki demi membantu suami mendapatkan sumber kewangan. Seterusnya, zaman berevolusi dengan teknologi canggih memudahkan ibu-ibu yang tidak bekerja (surirumah) mampu peroleh pendapatan melalui perniagaan dalam talian (online business). Manakala ibu-ibu bekerjaya juga mempunyai pilihan untuk terus bekerja walaupun mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak di rumah. Inilah perubahan positif yang kita nampak dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat masa kini.

Selaku ibu bekerjaya, membuat bisnes sambilan selain pekerjaan hakiki adalah suatu perkara yang normal sekarang bagi menampung kehidupan keluarga dengan lebih baik. Ramainya buat bisnes sebab hobi dan ada juga yang terdesak terpaksa buat bisnes untuk kelansungan hidup. Walau apapun alasan kita, terdetik tak di dalam fikiran untuk menjadikan bisnes yang kita usahakan sebagai Life Career?

Dikongsikan 3 tips asas jika anda mahu jadikan bisnes sebagai life career yang berjaya. Saya andaikan tips asas ini seperti sebatang pokok.

1- PRODUK = Dedaun

Produk ibarat dedaunan yang banyak memenuhi pada sebatang pokok. Produk yang dijual merupakan nyawa dalam bisnes anda. Jika nyawa tidak kuat maka bagaimanalah bisnes anda nak sustain dalam tempoh yang panjang sekaligus menjadi life career?

Produk adalah keutamaan dalam apa jua bisnes yang kita lakukan. Dengan itu, pastikan produk yang diperdagangkan membawa kebaikan dan manfaat kepada pengguna dan mempunyai kebarangkalian repeat order adalah tinggi. Pastikan produk adalah genuine (tulen) dan tidak membawa apa-apa keburukan kepada pengguna.

Banyaknya dedaun pada sebatang pokok tu menunjukkan produk jualan mendapat sambutan ramai. Fitrah daun akan gugur menunjukkan jatuh bangunnya sesuatu bisnes itu apabila produk tidak mendapat sambutan tetapi dengan adanya batang yang kukuh dan akar yang kuat, pasti pokok akan terus hidup dan deaun akan tumbuh semula dengan banyak.

Baca selanjutnya >>> Pilihan Produk yang Terbaik dan Tepat

 

2- BUSINESS PLAN = Batang & ranting

Business plan/perancangan bisnes pula diandaikan batang/tunjang kepada sebatang pokok. Setelah meneliti produk yang dijual, perlu dikaji perancangan bisnes itu pula. Apakah marketing strategy, bagaimana untuk menjana sales setiap hari, bulan, tahun. Secara umumnya masa kini, marketing boleh dijalankan secara online atau offline. Online marketing akan menjadi lebih mudah jika mempunyai sistem yang teratur dan sistematik dalam urusan penjual dan pembeli. Offline marketing pula merupakan cara tradisional yang masih menjadi pilihan peniaga bagi meluarkan lagi empayar perniagaan.

Beza jika bisnes yang dipilih hasil dari produk jenama sendiri ataupun produk komersial sedia ada. Lebih mudah jika memperdagangkan produk yang sedia ada kerana kita hanya boleh fokus kepada marketing strategy dan sales sahaja. Lagi best kalau pihak pembekal menyediakan khidmat penghantaran terus kepada pembeli.

Selain daripada itu, tersedianya kelas produk, pemasaran, teknik-teknik dan tips-tips diberikan secara percuma kepada agen-agen, stokis-stokis, pengedar-pengedar dll.

Teguhnya batang pada pokok, maka teguhlah hasil yang diperolehi.

Baca selanjutnya >>> Pilihan Business Plan yang Meyakinkan dan Berpanjangan

 

3- KEBERGANTUNGAN & KESEIMBANGAN = Akar

Keupayaan akar menunjukkan betapa kukuh dan berhasilnya sebatang pokok itu. Sama juga dengan kehidupan dan perniagaan yang kita usahakan. Semakin kuat dan kukuhnya kebergantungan dan keseimbangan kita dalam menempuh cabaran hidup dan berserah kepada Yang Haq, maka makin bermaknalah kehidupan dan suburlah hasil perniagaan kita.

Dalam apa jua bisnes yang kita lakukan, sebagai seorang Islam kebergantungan kita pastinya hanya kepada Allah S.W.T Yang Maha Memberi. Apabila produk yang kita jual memberi kebaikan dan manfaat kepada pembeli, business strategy kita jujur dan amanah InsyaAllah keberkatan rezeki akan sejajar dengan usaha yang kita berikan.

Keseimbangan dalam mendapatkan saham dunia dan akhirat. Saham dunia, hasil dari produk yang dijual kita akan dapat bantu masalah orang, beri penyelesaian, beri kepuasan kepada kehendak masyarakat dan mungkin juga boleh bantu membangunkan sumber kewangan sesama insan. Manakala saham akhirat pula adalah refleksi daripada saham dunia yang kita lakukan. Segala kebaikan dan kemudahan yang diberi, InsyaAllah akan mendapat balasan yang setimpal di ‘sana’ kelak.

Pastikan perniagaan kita berpegang teguh kepada 3 perkara asas tersebut bagi menjadikan sebagai Life Career

Saya memilih Shaklee sebagai life career walaupun masih bekerja sebagai Instructional Designer di sebuah syarikat multimedia. Ini kerana, status WAHM menjadi matlamat saya sekarang.

 

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, klik gambar di bawah 👇

Dengan Shaklee segalanya mudah. Mari kita ubah tahap kesihatan kita dalam masa yang sama kita ubah taraf hidup kita sekeluarga ke arah yang lebih baik.

 

MY HOTLINE:

Klik –> http://shakleepandanindah.wasap.my

FOLLOW ME:

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge