5 Tips Percutian Keluarga dengan Anak Kecil dengan Lebih Tenang

Musim cuti sekolah kembali lagi. Hujung tahun adalah fasa rehat sementara untuk anak-anak yang bersekolah dan para guru untuk recharge. Masa ini keluarga dapat mengisi masa lapang bersama dengan bercuti keliling Malaysia mahupun ke luar negara.

Dan musim cuti sekolah ni la pusat-pusat peranginan buat duit 😂 Sedar tak sedar pakej yang dipromosikan mungkin lebih mahal dari hari biasa. Pilihan kita sendiri untuk buat pilihan yang bijak, betul ke betul? 😁

Ok jom kita tengok 5 tips utama bagi keluarga yang rancang untuk bercuti dengan anak-anak kecil khususnya.

1️⃣ Budget

Budget penting dalam pengurusan wang keluarga. Mungkin ada yang berpendapat tak perlu budget selagi ada duit tapi dengan menetapkan peruntukan khas, ia sangat membantu ekonomi keluarga di masa akan datang especially untuk masa depan anak-anak yang masih kecil.

Nak-nak lagi untuk percutian, tanpa budget yang khusus pastinya perbelanjaan akan melebihi dari pendapatan anda sendiri. Kita bercuti untuk tenangkan fikiran dan membahagiakan keluarga tapi apalah maknanya kalau balik dari bercuti, mak ayah dah pening kepala untuk perbelanjaan hidup seterusnya.

Budget percutian perlu meliputi pengangkutan (tiket untuk flight/train/kapal, tol dan minyak untuk kereta), penginapan, makan minum, tiket untuk aktiviti,pameran atau sebarang event dan sourvenir. Mungkin kita takkan dapat exact amount tetapi jadikan ia sebagai panduan sepanjang percutian berlangsung.

Tabung khas untuk bercuti sangat bagus untuk diamalkan. Pupuk anak-anak sedari kecil untuk menabung bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan selain masuk bank hihi..

2️⃣ Perancangan Perjalanan (Itinerary)

Untuk ke sesuatu tempat itu, persediaan awal sangat membantu kelancaran percutian kita nak-nak lagi dengan anak-anak kan. Bila berjalan dengan anak-anak, pengisian kita akan had untuk sesuaikan dengan tahap kecergasan mereka 😅 Sediakan jadual perjalanan bermula untuk pergi sehingga kembali.

Catatkan tempat-tempat yang ingin dilawati dan senaraikan juga serba sedikit tempat yang nak singgah tu. Contohnya; Jika tempat itu perlukan tiket, berapa harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak (masuk kategori budget), waktu untuk melawat dan dimanakah lokasinya. Nyatakan juga ETA (estimated time arrived) sebagai panduan untuk perjalanan kita seharian.

Perancangan awal beri banyak masa untuk kita survey dan dapatkan gambaran awal untuk persediaan. Percayalah dengan persediaan awal, kita akan lebih confident untuk jalan-jalan dalam mahupun luar negara.

Boleh buat dalam Word atau Excel. Mudah guna Word aje buat dalam table form.

Related image

3️⃣ Online Booking

Zaman sekarang semua atas talian (online) je, mudah dan cepat. Dah puas googling info, nak booking accomodation dengan flight ticket semua online je.

Untuk accomodation, tak syak lagi anda boleh buat semakan di Trivago ✌  Kita boleh set dan pilih untuk bilik yang macamana.

Nak flight ticket murah, pastikan ambil tahu offer yang dibuat. Sebab itu early planning is a blessed 😍 Walau bagaimana pun, kita mampu merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah juakan bagi kita yang Islam.

Image result for online booking

4️⃣ To-Bring List/Packing List

Nak bercuti dengan nonet-nonet (anak kecil) perlukan persediaan yang rapi ye. Tak sama untuk honeymoon vacation. Senaraikan segala barang dan alat yang perlu dibawa bersama. Kenal pasti juga bagasi untuk check-in dan carry on luggage untuk yang naik public transport.

  • Pakaian (kalau ikut mak ni, ada baju siang, malam, jalan haa semua lain-lain 🤣)
  • Kasut & stokin
  • Sejadah & Telekung (bagi muslimah)
  • Toiletries
  • Ubat-ubatan
  • Vitamins & Supplement
  • Passport/dokumen pengenalan diri

Baju untuk anak-anak perlu lebih berbanding mak ayah dan pastikan ada spare dalam bagpack yang dibawa kemana-mana. Selain itu;

  • Pampers
  • Botol air/susu
  • Wet tissue
  • Kudap-kudapan
  • Toys
  • Vitamins

Jika percutian anda banyak berjalan, yang ada anak kecil (toodler/baby) sediakan stroller ataupun babywearing. Seriously, it helps a lot!

Senaraikan dalam kertas untuk di’tick’ dan kalau barang penting yang belum boleh masuk dalam bag lagi, tulis pada whiteboard atau mana-mana yang senang nampak supaya tak tertinggal.

Image result for packing list

5️⃣ Survey Tempat Makan, Shopping & Souvenir murah

Yes! Penting rasanya ambil tahu tempat-tempat makan yang best, halal kalau negara asing dan worth money. Tempat shopping apa lagi, lagila sangat penting kalau itu salah satu tujuan bercuti ke situ. Haa.. anak-anak jangan lupa pulak time shopping tu 🤣 Fahamla kan mak-mak ni kalau dah nampak barang yang nak dibelinya tu. Memang kalut bila anak tak beri kerjasama masa tu.

Pengalaman-pengalaman dari mereka yang pernah pergi ke sesuatu tempat itu sangat berharga sebenarnya sebagai panduan kita yang baru nak pergi. Sekurang-kurangnya ia mengurangkan risiko untuk perkara-perkara yang tidak diingini.

Pencarian atau jenis souvenir juga boleh disenaraikan untuk dibahagi-bahagikan kepada yang layak untuk terima haha.. Jangan lupa beli untuk diri sendiri tau 😂 Kita terlalu excited pilih-pilih untuk orang last sekali kenangan untuk diri sendiri langsung tak ada, sadis…

Semua ini perlu meet your budget!

 

Apa yang dikongsi berdasarkan pemahaman dan pengalaman saya sendiri. Semoga perkongsian 5 tips bercuti dengan anak-anak kecil ini dapat memberi manfaat dan panduan untuk anda semua.

Boleh tanya saya lanjut untuk pilihan vitamin yang perlu sepanjang percutian keluarga anda 🙋‍♀️ Saya sedia membantu sebaik-baiknya.

Selamat bercuti!

 

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge