7 Tips Mencegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dengan Berkesan dan Selamat

Penularan penyakit² berjangkit di kalangan kanak-kanak sangat membimbangkan. Keadaan ini memberi suatu impak yang besar kepada golongan ibu bapa bekerjaya khususnya apabila terpaksa menghantar anak² ke pusat jagaan atau pengasuh. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merupakan suatu wabak berkala yang mudah tersebar dan epidemik ini sedang melanda Malaysia (pertengahan tahun 2018). Bagaimanakah cara atau tips untuk mencegah penyakit ini daripada menjangkiti anak² kita?

Secara umumnya, penyakit tangan, kaki dan mulut ini adalah disebabkan  oleh jangkitan virus Coxsackie A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71). Sasarannya adalah kanak-kanak berusia 5  tahun dan kebawah. Tetapi, orang dewasa yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang rendah juga berpotensi untuk mendapat virus ini.

Virus ini mudah tersebar dan menjangkiti hanya melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, lepuh (blister) dan najis serta sentuhan pada permukaan yang tercemar dengan virus HFMD. Kebiasaannya, kanak-kanak yang dijangkiti akan mengambil masa 7-10 hari untuk sembuh tanpa sebarang rawatan perubatan. Virus EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung tetapi hanya segelintir sahaja yang mengalaminya.

Tanda/Gejala

  • Demam biasa
  • Ulser/mata ikan dalam mulut (tekak dan lidah)
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin
  • Kurang selera makan
  • Muntah dan cirit-birit 
  • Sakit kepala

Komplikasi

Jika terjadi perkara-perkara berikut, segera dapatkan khidmat nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

  • Demam dengan suhu yang tinggi ( melebihi 39⁰) dan berpanjangan melebihi 3 hari
  • Dehidrasi/kurang air dalam badan akibat anak tidak dapat minum sebab ulser dan lampin kering melebihi 6 jam
  • Terlalu lemah dan tidak bermaya

 

Tips Cegah HFMD

𝟏 Kebersihan diri dimulakan dengan mencuci tangan dengan sabun selalu bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang mengendalikan kanak-kanak dijangkiti

‘Kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit tersebar melalui sentuhan dengan itu mencuci tangan adalah langkah pencegahan yang terbaik untuk menghalang penyebaran jangkitan virus dan bakteria – Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC)’

𝟐 Menutup mulut dan hidung apabila bersin dan batuk 

𝟑 Elakkan berkongsi pakaian, tuala, bekas makanan dan minuman serta permainan di pusat asuhan. Cuci dengan pencuci Fresh Laundry Concentrated

𝟒 Elakkan tempat awam yang ramai manusia dengan mengurangkan aktiviti outdoor semasa wabak sedang menular terutama di taska/pusat asuhan/jagaan, taman permainan dll

𝟓 Jaga kebersihan rumah, cuci segala peralatan/mainan dengan Basic H (pencuci semulajadi tanpa toksin)

𝟔 Kenal pasti punca dengan segera untuk rawatan awal supaya tidak merebak kepada kanak-kanak lain

𝟕 Pertingkatkan sistem pertahanan tubuh si kecil supaya tidak mudah jatuh sakit dengan pemakanan sihat (lebihkan buah dan sayur) serta pengambilan suplemen untuk kanak-kanak.

 

Cadangan Set Hindari HFMD bagi Kanak-kanak

Mealshakes – Sejenis multivitamin dalam bentuk serbuk berperisa Vanila yang membantu menguatkan antibodi tubuh si kecil

OmegaGuard – Minyak ikan terbaik yang kaya dengan DHA dan EPA untuk perkembangan sel² otak dan bersifat anti radang 

Vitalea for Children – Multivitamin dalam bentuk tablet yang berperisa anggur bantu meningkatkan sistem imun si kecil 

Chewable-C Plus – Vitamin C bantu menguatkan antibodi tubuh dan dirumus khas untuk kanak-kanak dan dewasa yang mengalami masalah untuk telan tablet

Basic H – Pencuci yang berkepekatan tinggi serta mempunyai kepelbagaian fungsi untuk kebersihan rumah, pakaian, tubuh (tangan & kaki) supaya sentiasa bersih dan bebas kuman. Tiada toksik, bahan kimia, klorin dan bahan pewangi malah lembut pada tangan dan organik

Klik pada gambar untuk belian terus 👇

Feedback Ibu kepada kanak-kanak yang dijangkiti HFMD

Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.
.

Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.
.

Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.
.

Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana.
.

Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.
.

Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H. Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H.
.

Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.
.

Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam.Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.
.

Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
.

Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah yang membaca yer.

Akhir kata, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih Allah sebab temukan Saya dengan Shaklee.

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama saya secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

Nak jimat sehingga 20% dan peluang mendapat cash bonus?

Jom sertai saya dengan klik gambar di bawah 👇

HUBUNGI SAYA SEKARANG!

Whatsapp 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

*PERHATIAN: Pastikan anak anda mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan dari pakar perubatan dahulu untuk penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) ini sebelum berikhtiar dengan rawatan alternatif.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Anda juga mahu tahu...

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge