Atasi Punca Mati Pucuk (Lemah Tenaga Batin) Bagi Suami untuk Menimang Anak

Terlalu kerap kita melihat drama atau realitinya orang hanya menuding jari kepada wanita apabila dipersoal tentang anak. Jangan sebab si isteri yang mengandung, 100% kesalahan tiada anak atau lambat menimang cahaya mata ditujukan pada isteri seorang. Hukuman manusia tidak adil rasanya, sedangkan Allah yang Maha Adil telah mengutuskan bahawa anak itu lahirnya daripada penyatuan dua jiwa dengan akad yang sah. Maka suami dan isteri sama-sama perlu usaha dan ikhtiar jika diuji dengan permasalahan ketidak suburan. Mari kenali salah satu punca ketidak suburan di kalangan suami atau dikenali sebagai ‘mati pucuk’.

Mati Pucuk?

Maksud mati pucuk (Erectile Dysfunction, ED) ini adalah dimana keadaan alat kelamin lelaki (zakar) tidak dapat menegang (penile erection) ketika bersenggama (melakukan hubungan seksual) ataupun tidak dapat mengekalkan ketegangan sehingga memuaskan kedua-dua pihak.

Lebih 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk. – Tahun 2016 oleh Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi

Manakala peratusan lelaki yang berumur 40 tahun dan ke atas iaitu sebanyak 1.68 juta akan mengalami masalah mati pucuk. Ini mengganggu emosi dan boleh menyebabkan kemurungan pada diri pesakit. – Presiden Persatuan farmasi Malaysia, Datuk Nancy Ho

Pengesahan Masalah Mati Pucuk

Beberapa kriteria yang digunakan berdasarkan Diagnostic and Statistically Manual of Mental Disorder, 5th Edition seperti berikut:

  • Perasaan yang timbul ketika berhubungan seksual seperti;
    • Susah untuk mendapat ereksi ketika bersenggama
    • Sukar untuk mengekalkan keadaan ereksi sehingga ke akhirnya
    • Alat kelamin mempunyai masalah tidak tegang yang ketara
  • Simptom berlanjutan sehingga 6 bulan
  • Simptom menyebabkan tekanan melampau pada diri pesakit
    • Masalah ini bukan disebabkan masalah mental yang lain, penyakit, kesan ubat ataupun masalah dengan pasangan

Sumber

 

Punca Mati Pucuk

+ Gaya hidup tidak sihat – cara pemakanan dan gaya hidup tidak aktif

+ Masalah berat badan berlebihan – obesiti

+ Tekanan dan stress keterlaluan – gangguan fikiran dan emosi yang boleh menyebabkan kemurungan, gemuruh, masalah rumahtangga

+ Faktor peningkatan umur

+ Masalah ketidakstabilan hormon – kekurangan hormon testosteron, ketidaknormalan hormon tiroid

+ Masalah kesihatan berkaitan salur darah – penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang

+ Masalah saraf – kecederaan saraf tunjang, angin ahmar (strok)

+ Kecederaan pada alat sulit (kemaluan) – akibat kemalangan, jatuh terhempap objek keras, ditumbuk

+ Tabiat buruk yang merosakkan tubuh (saraf & salur darah) – merokok, minuman alkohol berlebihan, penyalahgunaan dadah (cocaine)

+ Kesan ubat tertentu –  kesan sampingan daripada  sesetengah serotonin terpilih reuptake inhibitors seperti fluoxetine (Prozac), escitalopram (Lexapro), sertraline (Zoloft), citalopram (Celexa) dan paroxetine (Paxil)

Selain daripada yang disenarai, faktor ketagih kepada video lucah (pornografi) juga penyebab kepada mati pucuk. Pengambilan ubat kuat (viagra) yang dijual di pasaran gelap dengan harga murah juga boleh memberikan kesan sampingan seperti sakit kepala, sakit otot, mata kemerahan, kebas muka dan hidung tersumbat – sumber

Anda perlu dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan untuk preskripsi ubat-ubat yang sesuai, jangan merosakkan tubuh sendiri demi kepuasan tanpa batasan.

Cara Mengatasi Masalah Mati Pucuk

1) Kekalkan berat badan ideal – Diet yang dikawal bantu untuk mendapatkan berat badan ideal dan normal. Ini kerana corak pemakanan yang berlemak tanpa batasan akan menyebabkan obesiti dan ini menyumbang kepada masalah mati pucuk

2) Kawal dan rawat penyakit yang berisiko – penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung akan melemahkan tenaga batin dan penyebab mati pucuk. Kawal pemakanan dan diet harian serta amal cara hidup sihat

3) Amalkan cara hidup yang sihat – lakukan senaman berkala secara rutin, corak pemakanan yang seimbang serta jauhi rokok dan alkohol

4) Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup – elakkan ketegangan dan tekanan emosi dengan tidur yang berkualiti

5) Pengambilan suplemen/makanan tambahan yang selamat secara konsisten – Keempat-empat cara di atas boleh diatasi dengan pengambilan suplemen yang betul bagi memperbetulkan fungsi sel yang rosak atau cacat supaya boleh bekerja dengan baik untuk tubuh badan manusia. Suplemen selaku penyokong kepada ketidakcukupan nutrisi yang tidak diperoleh secara lengkap dari pemakanan harian kita. Sebab itu, perlu dipastikan jenis pemakanan tambahan (suplemen) yang dipilih adalah selamat, berkesan dan semulajadi secara keseluruhannya.

 

Kesan Masalah Mati Pucuk

Masalah mati pucuk ini sangat memberi kesan kepada penghidapnya.

Ia boleh membawa kepada kemurungan, rasa rendah diri dan memberi kesan kepada kualiti hidup individu tersebut. Bagi seorang suami pasti akan berasa bimbang untuk melakukan hubungan dengan isteri dan boleh menjurus kepada masalah rumah tangga yang serius.

Baik Pulih Masalah Mati Pucuk dengan Suplemen Semulajadi dan Selamat

Lelaki memang tinggi egonya tetapi sanggupkah anda mensia-siakan hubungan yang diredhai Allah atas kerana tidak mahu berusaha demi kebaikan kedua-dua pihak? Hal rezeki (anak), ajal maut semua ditangan Yang Esa tetapi jangan kita hanya berserah tanpa sebarang usaha dan tindakan. Cuba dan bandingkan kesannya.

Ikhtiar mereka untuk mendapatkan zuriat

 

Nak jimat sehingga 20% dan peluang mendapat cash bonus?

Jom sertai saya dengan klik gambar di bawah 👇

 

HUBUNGI SAYA SEKARANG!

Whatsapp 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

 

*PERHATIAN: Pastikan anda dapatkan cadangan serta pandangan dari doktor/pakar perubatan atas masalah yang anda hadapi. Suplemen Shaklee hanyalah makanan tambahan yang bantu memenuhi keperluan nutrien untuk tubuh kita. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge