Buasir Selepas Bersalin Menyeksakan, Bertindak sebelum Bernanah

Pengalaman rakan pejabat selepas melahirkan anak keduanya dan mengalami buasir yang agak teruk amatlah menyeksakan. Saya yang mendengar ni pun terase gerun dan ngilu sangat. Bayangkanlah dengan sakit selepas bersalinnya, nak jaga baby lagi kena pulak buasir, Astaghfirullah terduga sungguh. Walaupun rasa happy dengan kehadiran cahaya mata baharu, tetapi jika diuji dengan kesakitan-kesakitan yang tak diundang ni memang boleh membawa kepada pelbagai lagi komplikasi semasa dalam pantang. Hati-hati! Emosi ibu selepas melahirkan perlu dijaga rapi. Jadi, bagaimanakah cara atau kaedah yang selamat untuk atasi buasir selepas bersalin ini?

Apa itu Buasir?

Buasir (hemorrhoids) merupakan keradangan pada bahagian rektum dan dubur (anus) akibat daripada salur darah (vena) yang membesar dan membengkak. Keadaan ini berlaku apabila ibu mengalami masalah sembelit sehingga terpaksa meneran terlalu kuat menyebabkan terjadinya buasir atau biasa digelar usus terkeluar. Bukan usus yang terkeluar sebenarnya tetapi salur dubur yang terkeluar semasa atau selepas buang air besar. Kita mungkin boleh merasakan terdapat benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur.

Jenis-jenis Buasir:

  1. Buasir Dalaman – Salur darah membengkak di bahagian rektum yang menyebabkan pendarahan berlaku semasa atau selepas membuang air besar walaupun tidak berasa sakit. Dan apabila meneran, ia boleh mencederakan bahagian buasir dan darah menitis berwarna merah cerah.
  2. Buasir Luaran – Ini peringkat kronik dan menyeksakan kerana akan berasa sakit dan sangat tidak selesa sama ada ketika membuang atau pun tidak. Bahagian dubur akan berasa gatal, pedih, sakit, serba tidak kena dalam posisi apa pun ketika itu. Lagi parah jika berlakunya darah beku disebabkan buasir tersepit menyebabkan salur darah tersumbat.

Simptom-simptom Buasir

  • Sering sembelit
  • Terdapat darah keluar bersama najis semasa buang air besar
  • Rasa tidak selesa dan gatal di sekeliling dubur
  • Rasa sakit, pedih, panas di bahagian dubur selepas buang air besar
  • Rasa sakit dan tidak selesa ketika duduk, baring melentang dan semasa bangun

 

Sebab-sebab Buasir

Khususnya bagi ibu hamil, dimana jumlah darah bertambah dan tahap hormon progesteron adalah tinggi menyebabkan dinding salur darah menjadi kendur terutama di bawah rahim dan dalam masa yang sama tekanan berat bayi yang makin membesar boleh menyebabkan buasir berlaku.

Semasa proses kelahiran dimana teknik meneran bayi juga perlu betul. Pernafasan dan kedudukan posisi pinggul ketika ingin melahirkan yang betul juga membantu saat-saat kritikal melahirkan bayi. Ketika ini, jika ibu telah mengalami masalah sembelit yang teruk serta buasir, perlu berhati-hati kerana proses meneran untuk keluarkan bayi yang tidak sempurna boleh memburukkan lagi buasir si ibu. Silap-silap, bukan anak yang keluar dahulu tetapi buasir yang terkeluar.

Selain daripada sembelit, para ibu perlu berhati-hati dengan mengelak daripada mengangkat benda berat semasa dalam pantang. Batuk yang teruk dan berpanjangan boleh memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini bukan hanya buasir, peranakan jatuh pun boleh berlaku.

 

Atasi Buasir Segera!

1 – Semasa berpantang, perlu banyakkan ambil makanan tinggi serat (high fiber) seperti buah-buahan (oren, prune, kurma) & sayur-sayuran, wholemeal bread @ cereal dan nasi beras perang. Jika tinggi karbohidrat tetapi kurang fiber, ia boleh menyebab masalah sembelit dan mengundang buasir.

2 – Minum air sekurang-kurangnya 3 liter. Ini sangat penting bagi ibu-ibu yang menyusukan. MITOS ye orang dulu-dulu halang minum air banyak katanya nanti peranakan kembang. Kerana jika kurang air, ibu akan mengalami pelbagai lagi masalah kesihatan lain seperti sembelit, letih, sakit kepala, demam dll.

3 – Walaupun sedang berpantang, aktifkan diri dengan cuba bersenam cukup sekadar berjalan perlahan-lahan keliling rumah bagi melancarkan peredaran darah di bahagian rektum dan dubur.

4 – Elakkan menahan diri dari membuang air besar. Pergi ke tandas segera kerana jika ditahan-tahan, najis akan menjadi keras dan kering. Jika menggunakan tandas duduk, cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

 

Kaedah untuk Redakan Kesakitan Buasir

1 – Pastikan kawasan dubur bersih setiap masa. Cuci dengan air suam tanpa sabun. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana akan membuatkannya lebih teruk.

2 – Mandi/berendam di dalam air suam. Boleh titikkan Basic H cecair yang semulajadi tanpa toksik bagi tujuan membersihkan.

3 – Jika buasir terkeluar, anda boleh tolak masuk buasir secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi. Pastikan kuku pendek!

4 – Dapatkan preskripsi daripada doktor untuk ubat sapu yang lembut atau jenis supositori (ubat masuk ke dubur) bagi meredakan kesakitan. Pastikan anda mendapat khidmat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa ubat di farmasi kerana takut memberi kesan kepada penyusuan susu anak.

5 – Amalkan suplemen semulajadi secara berkala bagi mengurangkan kesakitan, menyusutkan bengkak dan radang serta memudahkan proses pembuangan najis. Dalam keadaan berpantang, kecukupan nutrisi sangatlah penting bagi ibu dan anak yang disusui. Ibu selepas kelahiran perlukan tenaga luar dalam untuk baik pulih segala koyakan, kehilangan darah, nutrien dari tubuh. Disarankan semua ibu hamil, berpantang dan menyusu untuk mencukupkan nutrisi dengan pengambilan suplemen.

 

Cadangan Set Buasir Shaklee

Mari lihat video berikut mengenai seorang ibu yang mengalami sembelit teruk yang mengundang kepada buasir berbentuk ‘kelopak bunga ros’.

Testimoni Buasir ketika Berpantang

 

 

 

 

Anda boleh dapatkan Set Pantang Shaklee ini bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 Boleh juga klik pada gambar berikut untuk belian terus 👇

 

Nak jimat sehingga 20% dan peluang mendapat cash bonus?

Jom sertai saya dengan klik gambar di bawah 👇

 

HUBUNGI SAYA SEKARANG!

Whatsapp 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

 

*PERHATIAN: Pastikan anda menjalani checkup yang dijadualkan bagi ibu dan anak selepas dilahirkan untuk dapatkan cadangan serta pandangan dari doktor/pakar perubatan atas masalah yang anda hadapi. Suplemen Shaklee hanyalah makanan tambahan yang bantu memenuhi keperluan nutrien untuk tubuh kita. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge