Antara sedar atau tidak, kita semua berisiko untuk menghidapi penyakit darah tinggi. Tekanan darah tinggi merupakan penyakit kronik yang semakin meningkat penghidapnya di Malaysia. Bukan setakat tekanan darah yang tinggi, ia memberikan implikasi lanjutan kepada penyakit-penyakit lain yang berbahaya seperti serangan jantung, angin ahmar (strok), penyakit buah pinggang dan demensia (penyakit otak yang progresif).
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu antara penyakit senyap yang membawa kepada pelbagai komplikasi dan kematian jika tidak dirawat. Penyakit ini berlaku akibat daripada darah yang mengalir dalam saluran darah (arteri) mempunyai tekanan yang lebih tinggi dari biasa.
Berdasarkan statistik, seramai 5.8 juta atau 37 peratus penduduk Malaysia menghidapi tekanan darah tinggi. Tetapi hanya 2.2 juta atau 40 peratus sahaja yang mendapatkan rawatan berkala. Nisbah 1:6 menunjukkan bahawa hanya seorang didiagnos mempunyai hipertensi manakala 6 orang lagi tidak sedar dan tidak dapat didiagnos – Portal myHealth
Anda disahkan mempunyai tekanan darah tinggi apabila keadaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg dan secara konsisten tinggi lebih daripada 2 waktu yang berasingan. Tekanan darah terdiri daripada dua (2) bacaan iaitu:
- Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140) dimana tekanan darah ketika jantung berdegup mengepam darah
- Tekanan diastolik – bilangan yang lebih rendah (90) dimana tekanan darah ketika jantung berehat di antara degupan
Jadual di atas menunjukkan kategori julat tekanan darah manusia. Sebanyak 90% penyebab masalah ini tidak diketahui secara nyata hanya berdasarkan faktor persekitaran dan keturunan dan dikenali sebagai Primer. Dengan itu, 50% kemungkinan ia boleh diwarisi dari ibu bapa yang menghidapi hipertensi. Manakala 10% pula adalah tekanan darah sekunder yang disebabkan oleh masalah lain seperti penyakit buah pinggang, penyakit endokrin atau penyakit pembuluh darah.
Faktor Penyebab Hidapi Tekanan Darah Tinggi
- Peningkatan umur kebiasaannya melebihi 35 tahun
- Obesiti/kegemukan
- Cara hidup yang tidak aktif
- Tekanan emosi/stress berpanjangan
- Merokok dan pengambilan alkohol dan kafein berlebihan
- Pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan harian
Simptom/Tanda Awal Hidapi Tekanan Darah Tinggi
- Kerap sakit kepala dan hingga menyebabkan terbaring sepanjang hari (tak larat nak bangun)
- Pandangan menjadi kabur
- Mual dan muntah
- Sakit dada/sesak nafas
- Rasa berdebar-debar
- Pendarahan hidung
Jika mengalami tanda² awal seperti di atas, lakukan rawatan segera bagi mengenal pasti paras tekanan darah anda.
Cara Kawal Darah Tinggi Tanpa Ubat
Jika anda disahkan penghidap tekanan darah tinggi peringkat permulaan, lakukan transformasi dalam gaya hidup bagi menanganinya sebaik mungkin tanpa bantuan ubat-ubatan.
- Kurangkan berat badan jika berlebihan – Obesiti menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuklah tekanan darah tinggi. Perlu kurangkan makanan bergula dan karbohidrat ringkas serta minuman bikarbonat. Protein sumber haiwan seperti daging merah (lembu dan kambing) juga perlu dihadkan
- Melakukan senaman berkala – Senaman sangat penting dan lakukan selama 30 minit setiap hari. Ia membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tisu dan organ tubuh serta menurukan kandungan kolestrol dan gula dalam darah. Selain daripada itu, senaman dapat merembeskan happy hormon (endorphin) dari otak.
- Amalkan permakanan sihat – Soal pemakanan, kawal pengambilan natrium/garam dan lebihkan potassium (ubi keledek, sos tomato – buat sendiri yg jual tinggi gula, kekacang – tinggi fiber, yogurt, kerang, prune etc). Amalkan ulam-ulaman dan buah-buahan serta minyak ikan Omega 3 sebagai anti-radang. Suplemen Shaklee membantu mencukupkan kadar nutrisi yang diperlukan tubuh.
- Atasi tekanan secara berkesan – Perlu belajar cara menguruskan tekanan kerana ia boleh memburukkan lagi tekanan darah. Cara untuk urus stress dengan cara beriadah, bercuti di tempat yang tenang dan nyaman, bermeditasi, bagi yang Islam banyakkan mengaji dan berzikir. Pastikan dapat rehat dan tidur (7-8 jam) yang cukup setiap hari.
- Berhenti merokok – Rokok membawa maut! Sila hentikan secepat mungkin kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah selama beberapa minit selepas anda merokok dan berisiko tinggi untuk hadapi serangan jantung dan strok.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman berkafein– Minum alkohol secara berlebihan malah boleh menambah kalori tambahan. Kafein pula boleh menyebabkan saluran darah menjadi ketat dan tekanan menjadi besar.
- Disiplinkan diri sendiri – Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Letakkan sasaran untuk kawal tekanan darah dengan mengamalkan cara hidup sihat. Zaman serba tekanan sekarang memang menyumbang kepada macam² masalah kesihatan kronik dan jika diri sendiri tidak kawal cara pemakanan, cara hidup harian akan memburukkan lagi tahap kesihatan tubuh. Tepuk dada, tanya selera tuan badan sendiri 😊
Shaklee telah memberi satu harapan untuk masyarakat sekarang dengan penghasilan suplemen/vitamin yang dapat membantu untuk atasi masalah kesihatan khususnya tekanan darah tinggi. Setiap produk Shaklee adalah berteraskan bahan² semulajadi, diyakini selamat & Halal (bagi Muslim), diiktiraf oleh KKM (NPRA & FSQD) serta sangat berkesan.
Saksikan video pengakuan daripada bekas penghidap tekanan darah tinggi dan mengalami masalah obesiti tetapi sekarang beliau sangat sihat.
Peranan Suplemen untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi dengan Selamat
Vivix
Suplemen yang kaya antioksidan yang bantu menghalang radikal² bebas yang merosakkan sel² dalam tubuh. Polifenol seperti resveratrol yang terdapat dalam Vivix boleh bantu mencegah strok dengan meningkatkan oxide nitric endothelial synthase (aktiviti enzim) yang akan menghasilkan nitric oxide (agen yang meluaskan saluran darah dan mengawal tekanan darah). Selain itu, kandungan resveratrol dalam vivix bantu menurunkan trigliserida, LDL (kolestrol jahat) dan lemak berlebihan dalam darah serta meningkatkan nisbah kolestrol HDL (kolestrol baik) dan LDL. Resveratrol berperanan sebagai pembersih pembuluh darah, menurunkan kepekatan darah dan menghalang terbentuknya pembekuan darah.
OmegaGuard
Suplemen minyak ikan sebagai pemecah kolestrol yang bertindak dari punca sebenar masalah tekanan darah tinggi iaitu tekanan tinggi pada darah untuk mengalir akibat dari saluran darah yang tersumbat. Minyak ikan juga mencairkan darah mengelakkan dari pembekuan darah berlaku hingga boleh menyebabkan strok.
Garlic Complex
Suplemen yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan bantu untuk menstabilkan tekanan darah dan tahap kolestrol menjadi normal.
Phytocol-ST
Suplemen yang bantu mencegah penyerapan kolestrol jahat (LDL) dari pemakanan.
CoQ-Trol Plus
Suplemen yang kaya dengan CoQ10 dan bantu kuatkan fungsi jantung untuk pam darah dengan menukarkan lemak dan gula menjadi tenaga untuk jantung.
B Complex
Suplemen anti-stress yang lengkap dengan keperluan Vitamin B untuk tubuh. Jika anda sering stress atau alami tekanan setiap hari, usaha dengan amalan B complex kerana stress adalah salah satu faktor daripada tekanan darah tinggi.
Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama saya secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘
Nak jimat sehingga 20% dan peluang mendapat cash bonus?
Jom sertai saya dengan klik gambar di bawah 👇
HUBUNGI SAYA SEKARANG!
Whatsapp 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my
FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat
FB: ridzianizr
*PERHATIAN: Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan dari pakar perubatan dahulu untuk masalah tekanan darah tinggi sebelum berikhtiar dengan rawatan alternatif.
PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
4 Comments
darah tinggi sekarang bukan penyakit orang tua dah,,malah yang muda tidak terkecuali..tq info sis
Betul nida. Penyakit2 kronik sgt mudah dihidapi masyarakat tak kira umur sekarang. Semoga kita sama2 menjaga nikmat tubuh bdn yg dianugerahkan ini sebaik-baiknya.
Terima kasih sudi jejak ke blog CergasSihat 💝
Eboo Idziani recently posted…Pengedar Vivix Shaklee Pandan Indah, Ampang Malaysia
paling penting buat pemeriksaan berkala kan. Sebab ramai yang tidak ambil peduli mengenai kesihatan ya.
aRzMoHa recently posted…HOTEL VALYA | HOTEL DI MERU RAYA BERDEKATAN MAPS PERAK
Ya betul. Dengan cara hidup masyarakat kini tahap kesihatan sangat membimbangkan.