Cara Menghilangkan Sakit Lutut dengan Cepat dan Selamat

Adakah anda mengalami rasa sakit pada lutut ketika turun atau naik tangga dan bagi yang beragama Islam ketika mahu sujud dalam solat?

Hakikatnya masa kini, sakit lutut bukan hanya dirasai golongan tua sahaja tetapi menginjak umur 30-an pun ramai yang mengalami masalah ini. Adakah cara untuk mengatasi dan menghilangkan kesakitan pada lutut ini dengan cepat dan selamat?

Sakit lutut atau dikenali sebagai Osteoarthritis (OA) iaitu suatu penyakit arthritis yang lazimnya dihidapi manusia. Lutut merupakan sambungan sendi terbesar di antara peha dan betis yang disambungkan oleh ligamen, tendon dan otot (muscles) serta diselaputi dengan tulang rawan (articular cartilage) yang berfungsi untuk menyerap hentakan dan melincirkan pergerakan. Sakit lutut berlaku apabila tulang rawan mulai haus maka tulang² (joint) semakin rapat dan bergesel antara satu sama lain sehingga menyebabkan kesakitan, bengkak serta tak larat untuk berjalan/bergerak dengan cepat dan terlalu jauh.

Punca Sakit Lutut

Boleh kawal:

  • Berat badan berlebihan (obesiti) – Tekanan pada lutut lebih tinggi apabila berat badan berlebihan. Obesiti akan meningkatkan risiko Osteoartritis (OA).
  • Jarang bersenam – Kecederaan lutut boleh berlaku apabila tak pernah/jarang bersenam tetiba melakukan aktiviti/senaman yang agresif, Bila otot tiada kekuatan yang sesuai dengan pergerakan yang dibuat, sendi jadi tak stabil dan boleh menyebabkan kecederaan.
  • Sukan jenis berisiko – Sukan-sukan lasak seperti futsal, bola sepak, bola keranjang dan sukan² lain yang menggunakan pergerakan lutut.
  • Masalah tulang tak cukup zat – Tulang kita sampai satu tahap akan mengalami kerapuhan akibat kekurangan kalsium dan magnesium. Komposisi kalsium dalam tulang makin lama makin kurang ikut usia jadinya perlu topup dengan pil kalsium, Ostematrix.

Tak boleh kawal:

  • Keturunan/Genetik – Sakit lutut boleh diwarisi. Mungkin akibat abnormalities pada bentuk tulang yang mengelilingi lutut.
  • Jantina – Wanita lebih ramai mengalami sakit lutut berbanding lelaki. Ini kerana fizikal wanita yang mempunyai tulang punggung yang lebih besar berbanding lelaki menyebabkan tekanan lebih tinggi pada otot peha bahagian dalam boleh memberi kesan kepada bahagian tempurung lutut membengkak jika berlaku dalam jangka masa yang panjang. Wanita berumur 55 tahun ke atas lebih berpotensi menghidapi OA disebabkan hormon, kadar kolesterol meningkat, faktor pemakanan dan menapous.
  • Mempunyai sejarah kecederaan lutut 
    • Tulang patah/retak akibat kemalangan menyebabkan keretakan pada tulang lutut termasuk tempurung lutut
    • Tisu meniscus (tisu rawan yang terletak dalam sendi lutut untuk melancarkan pergerakan sendi) terkoyak akibat bersukan
    • Radang tendon (tisu yang bersambung daripada otot kepada tulang) akibat berlari, berbasikal melompat yang beri lebih tekanan pada tendon
    • Kedudukan tempurung lutut berubah/terkeluar dari lokasinya (dislocate) akibat hentakan kuat
    • Kecederaan ligamen sama ada menebal/terlipat
  • Akibat penyakit 
    • Osteoarthritis (termasuk rhematoid arthritis, septic arthritis, gout) – rawan sendi lutut rosak dan semakin nipis
    • Osgood-Schlatter Syndrome – benjolan di bahagian bawah lutut
    • Bursitis – selaput yang mengandungi lendir (pelincir sendi) bengkak
    • Serpihan tulang (Bone Chips) – struktur tulang pecah dan hancur akibat kemalangan yang terperangkap antara ruang sendi menyebabkan bengkak dan rasa sakit
    • Iliotibial Band Syndrome – tisu yang terdapat dari pinggul ke betis boleh bengkak jika terlalu banyak bergerak

Gejala Sakit Lutut

  • Bengkak/lebam
  • Lutut jadi kaku/sukar untuk bergerak
  • Lutut lemah dan tak stabil
  • Lutut berbunyi ketika berjalan atau membengkok lutut 
  • Permukaan lutut merah dan panas bila disentuh
  • Demam

4 Langkah Atasi Sakit Lutut

1) Kurangkan berat badan dengan bersenam bagi mengurangkan tekanan pada lutut

2) Gunakan alat penyokong lutut (knee braces) untuk kurangkan sakit dan kebas pada lutut

3) Amal diet yang sihat untuk masalah lutut seperti tambah makanan yang mengandungi sulfur (telur, bawang besar & putih, asparagus) bagi baik pulih dan bina tulang, rawan dan tisu. 

4) Cukupkan nutrisi harian dengan makanan tambahan seperti minyak ikan (melincirkan dan mengurangkan keradangan sendi), antioksidan tinggi (baik pulih dan beri tenaga pada sel²), glukosamin (baiki tisu rawan) dan kalsium (khusus untuk pertumbuhan tulang)

R.I.C.E untuk Tangani Kesakitan pada Lutut

  • Rest – perlu rehat jika sakit lutut
  • Ice – Gunakan ais untuk redakan kesakitan
  • Compression – Guna elastic bandage untuk balut lutut (buat lubang pada lutut) bagi mengurangkan rasa sakit
  • Elevation – Angkat lutut yang sakit pada tempat yang lebih tinggi ketika duduk atau baring

Suplemen Apa yang Boleh Bantu Sakit Lutut?

Pengambilan suplemen yang betul boleh mengatasi punca masalah kesakitan lutut. Seperti yang dinyatakan dalam point ke-4 dalam Langkah Atasi Sakit Lutut, suplemen yang diperlukan adalah:

OmegaGuard – Selaku minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 dan glukosima berperanan sebagai anti radang (meredakan inflamasi) dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi

Ostematrix – membekalkan keperluan kalsium dalam menyokong pembentukan dan penjagaan tulang serta mengelakkan tulang rapuh

Collagen Powder – Kolagen penting untuk kesihatan sendi bagi meregangkan, menjaga rangka lutut dan pelihara tulang rawan dari kerosakan. 

Vivix – Mengandungi kandungan aktif resveratrol yang boleh bantu merawat sakit lutut dengan mengekalkan dan memperbaiki struktur sendi, tulang dan rawan serta mengurangkan keberangkalian yang menjadi punca kepada penyakit² sendi

Klik pada gambar untuk belian terus 👇

Testimoni Pengguna

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

Nak jimat sehingga 20% dan peluang mendapat cash bonus?

Jom sertai saya dengan klik gambar di bawah 👇

 

HUBUNGI SAYA SEKARANG!

Whatsapp 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

*PERHATIAN: Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan dari pakar perubatan dahulu untuk masalah sakit lutut ini sebelum berikhtiar dengan rawatan alternatif.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Anda juga mahu tahu...

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge