Tips Atasi Alahan Ketika Hamil sehingga Lemah dengan Selamat & Semulajadi

Alahan, mabuk hamil atau morning sickness bagi bakal ibu sentiasa meresahkan dan mengganggu rutin harian. Masalah ini boleh menjejaskan fizikal, emosi dan sosial bakal ibu di peringkat awal kehamilan. Nak-nak lagi bagi ibu bekerjaya mahupun surirumah yang mempunyai anak yang masih kecil. Ada sesetengah kes, alahan atau muntah yang keterlaluan boleh menyebabkan hingga terpaksa baring dan berehat di atas katil sahaja sama ada di rumah atau hospital. Walau bagaimana pun tahniah atas kehamilan anda 😃 Jangan risau kerana ia normal dan boleh diusahakan untuk atasinya dengan selamat.

 

8 daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk dan separuh daripada mereka muntah-muntah – babycenter

 

Alahan semasa hamil atau ‘morning sickness’ di dalam bahasa medikal ialah mual dan muntah semasa kehamilan. Selalunya, alahan kehamilan ini boleh terjadi seawal empat (4) minggu usia kehamilan.

Namanya sahaja ‘morning sickness’ tapi tidak semestinya hanya berlaku di waktu pagi malah ia juga boleh berlarutan hingga ke malam.l

Punca Alahan Mabuk pada Ibu Hamil

Keadaan di mana ibu akan merasa pening, loya, rasa nak muntah atau pun akan muntah adalah disebabkan oleh kehadiran hormon hCG iaitu hormon yang terhasil daripada uri dalam rahim bagi ibu hamil. Hormon ini juga menyebabkan ibu menjadi sangat sensitif. Bukan hanya melibatkan perasaan & emosi, tetapi secara fizikal juga seperti tak suka bau badan suami, bau ayam goreng, bau tandas memang pelik-pelik kadang tu perangainya dari normal.

Ada kawan tak boleh bau air paip, maka jadi masalahlah nak mandi pagi-pagi tu kan 😂 Ada juga yang suka bau sabun dan ada yang mengarut juga sampai nak rasa sabun. Ini orang kata mengidam yang bukan-bukan sila berjaga-jaga demi kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.

Kesan Baik Alahan pada Ibu dan Anak

Ibu yang mengalaminya memang sangat menyiksakan tapi percayalah, tiada ujian yang diberikan hanya sia-sia dan pasti dapat ditanggung dengan baik. Rasa mual merupakan satu mekanisme perlindungan embrio yang pra-matang (masih muda). Berikut adalah kesan-kesan yang baik akibat alahan yang dialami ibu:

  1. Risiko keguguran dan kematian bayi lebih rendah berbanding ibu yang tidak mengalami alahan
  2. Risiko kelahiran pra-matang dapat dikurangkan
  3. Berat lahir bayi lebih tinggi
  4. Kecacatan selepas melahirkan yang lebih rendah
  5. Ibu lebih peka terhadap pengambilan makanan sekaligus dapat mengelakkan makanan yang mungkin boleh membahayakan bayi yang belum lahir
  6. Berat badan ibu boleh dikekalkan dan ini boleh menyebabkan ukuran plasenta akan bertambah bagi menyalurkan darah kepada janin yang sedang membesar. Plasenta yang lebih besar dapat menjamin tersedianya makanan dan oksigen yang lebih optimum

Dengan ini, alahan bukanlah sesuatu yang mengganggu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Tetapi, jika alahan terlalu teruk sehingga tiada tenaga dan tidak larat, hanya terbaring sahaja, Ibu perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor kerana dikuatiri mengalami dehidrasi dan kekurangan nutrisi.

Oleh itu, mari cari solusi bagaimana untuk kekal bertenaga walaupun mengalami alahan semasa hamil.

 

Tips Atasi Alahan Supaya Kekal Bertenaga

1️⃣ Pemakanan

✔ Ambil makanan kaya protein seperti kekacang (soya, tahu, tempe), ikan, telur, bronkoli. Ikut selera tekak yang boleh terima time mabuk ni 😅 dan pastikan lebih protein k!

✔ Makan sikit-sikit tapi berkala untuk elakkan perut kosong. Makan biskut, buah, kekacang, kurma sebagai perantara/alas perut.

✔ Minum air masak/putih/mineral, jus dan teh O halia. Pastikan kerap minum air masak di antara waktu makan

✔ Daun pudina juga dapat memberikan ketenangan dan mengatasi masalah penghadaman, mabuk, pedih ulu hati serta boleh melegakan muntah dan hilang selera makan. Boleh rendam dalam air atau makan buat ulam.

✔ Buah-buahan seperti lemon dan oren boleh mengurangkan rasa loya pada tekak. Tambahkan hirisan lemon dalam minuman atau mungkin bau sahaja dapat membantu.

✔ Ambil suplemen yang boleh membantu kurangkan alahan dan mabuk hamil berbanding ibu yang tidak mengambil sebarang vitamin. Pengalaman saya ketika hamil sangat alah kepada suplemen Zincofer kerana buatkan rasa nak muntah lagi teruk. Dapatkan khidmat nasihat doktor atau rujuk kepada pakar nutrisi untuk pengambilan suplemen yang bersesuaian.

Elakkan makanan-makanan berikut:

  • makanan yang panas sebab sesetengah ibu akan jadi bertambah loya bila makan panas-panas
  • makanan yang pedas dan berempah kerana risiko untuk mengalami gastrik meningkat
  • jeruk atau asam juga meningkatkan asid dalam perut boleh menyebabkan gastrik

Anda pasti nak tahu saranan suplemen yang sesuai untuk atasi alahan hamil/morning sickness ini <KLIK>

 

2️⃣ Aktiviti Harian

✔ Bangun awal pagi dan pastikan perut diisi terlebih dahulu dengan biskut atau roti. Jangan biarkan perut kosong terlalu lama.

✔ Catatkan waktu bila rasa mula dan loya setiap hari. Jadi ibu akan tahu bila masa rasa tak selesa tu berlaku bagi memudahkan ibu bersedia untuk laluinya setiap hari.

✔ Rehat perlu cukup dan berkualiti. Jika kali ini anak pertama, ibu boleh berikan banyak masa untuk  diri sendiri tetapi jika hamil anak ke-2, 3 dan seterusnya, pasti sangat mencabar. Berikan sedikit masa untuk ibu dapatkan rehat yang cukup kerana tekanan dan keletihan yang melampau boleh menyebabkan alahan lebih teruk.

✔ Elakkan terus baring selepas makan dan juga ‘makan berulam air’ yang bermaksud makan dan minum silih berganti. Amalkan minum air 30 minit sebelum makan dan selepas makan.

Tetapi, jika di awal pagi pastikan jamah makanan dulu sebelum minum air bagi mengelakkan rasa mual yang lebih teruk. Khas untuk ibu hamil yang ada alahan (morning sickness). Sebab kebiasaannya, kita digalakkan minum air sebaik bangun tidur sebagai petua awet mudakan 😀

✔ Elakkan berada di kawasan yang panas atau memakai baju yang ketat kerana ia akan memburukkan lagi keadaan mual si ibu.

✔ Dapatkan sokongan suami, ahli keluarga serta majikan dan rakan sekerja bagi menangani masalah ini.

Walau bagaimana pun, keadaan alahan bagi setiap ibu tidak sama. Mungkin ada di antara tips berikut sesuai untuk keadaan anda. Yang penting kesihatan ibu dan anak dalam kandungan sihat sejahtera. Anda perlu pastikan mendapat diet pemakanan yang seimbang, aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat serta amalkan suplemen dan vitamin yang penting semasa hamil.

 

Whatsapp 👉 Perunding Vitamin Anda

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge