Tips Ibu Hamil Kekal Cergas Sehingga Melahirkan

Perkara yang amat membahagiakan pasangan baharu suami isteri apabila mendapat berita bakal menimang cahaya mata. Bagi Si Suami ia sangat mengujakan, bagi Si Isteri pula dalam gembira terselit gusar, takut dan bermacam-macam lagi perasaan bercampur baur untuk melalui proses kehamilan, melahirkan, berpantang dan menyusukan. Usah terlalu susah hati, nikmatilah alam baharu yang bakal anda lalui dengan penuh rasa syukur. Mari praktikkan tips-tips kehamilan berikut supaya anda kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh hamil.

Hakikatnya di peringkat permulaan kehamilan (bulan pertama & kedua) berbeza di antara individu. Biasanya, si ibu baru mengetahui tentang kehamilan mereka apabila lewat datang haid dan mungkin ketika ini tiada sebarang perbezaan yang dirasai bagi sesetengah individu, tetapi ada juga yang terus mengalami masalah mual dan mabuk (morning sickness).

Mengikut pengalaman saya, fasa mabuk bermula selepas kandungan berusia 2 bulan ke atas dan berlarutan sehingga 4 bulan. Pada ketika ini, mabuk, mual, muntah, tiada selera makan membuatkan badan ibu berasa letih dan tidak bermaya. Emosi dan mood juga tidak menentu. Tetapi fasa mabuk ini hanya sementara bagi yang normal. Tetapi untuk kes mabuk kronik, ada yang terpaksa hospitalised dan hanya berbaring sehingga berminggu-minggu lamanya.

Bagaimana untuk pastikan ibu kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh kehamilan sehingga melahirkan, berpantang dan boleh menyusukan anak dengan mudah? InsyaAllah cuba amalkan tips-tips ini untuk kebaikan kesihatan ibu dan anak yang bakal dilahirkan nanti 😍

6 Tips Ibu Hamil Kekal Cergas Sepanjang Tempoh Hamil 

Kecergasan tubuh berkait rapat dengan soal pemakanan dan aktiviti fizikal yang dilakukan setiap hari. Jika wanta normal pun perlu jaga inikan pula ketika hamil! Pemakanan berkhasiat beri nutrisi pada sistem tubuh untuk bertindak balas bawa ke otak untuk beri isyarat tubuh segar dan bertenaga. Digabungkan dengan aktiviti-aktiviti cergas seperti berjalan waktu pagi dapatkan cahaya matahari (vitamin D percuma) bagi meningkatkan hormon serotonin (happy hormone), melakukan regangan atau senaman khusus ibu hamil.

Dengan itu, berikut adalah turutan tips penting bagi mengekalkan kecergasan ibu hamil 👇

1️⃣ Pemakanan dan Diet Seimbang 

Dalam apa keadaan pun, seorang manusia perlu menjaga corak pemakanan bagi peroleh tubuh yang optimum. Ibu hamil lebih lagi kerana keperluan nutrien tubuh si ibu dan anak harus dipenuhi. Nutrisi diperoleh dari pemakanan, tapi ia bukan tiket untuk ibu makan mengikut nafsu kelak lelemak yang bertambah (risiko komplikasi), nutrisi untuk tubuh dan anak tidak mencukupi. Ibu makan untuk tenaga dan bagi nutrisi kepada sistem badan untuk beroperasi dengan baik. Ketika hamil, tetap perlu ikut portion makanan iaitu ‘suku-suku separuh’

Pada peringkat awal, ibu hamil mengalami fasa morning sickness (mild/severe), elakkan makan asam kecut, jeruk atau segala makanan ringan yang masam-masam itu dengan tujuan untuk hilangkan rasa loya. Mitos! Ia tak benar sama sekali kerana akan memburukkan lagi keadaan anda. Pada ketika ini, perut dalam keadaan berasid, kosong sebab tak lalu nak makan. Jika ditambah pula dengan asam jeruk sangat tidak releven. Bagaimana nak atasi masalah mabuk hamil, >> klik sini <<

Pemakanan yang perlu dititik beratkan seperti berikut:

  1. Makan 6 kali sehari dalam kadar yang minima:
    • Sarapan
    • Minum pagi (perantara pagi ke tengahari) – snek buah/roti
    • Makan tengahari
    • Minum petang (perantara tengahari ke malam) – snek biskut/roti/cereal
    • Makan malam
    • Makan lewat malam (supper) – snek buah/susu
  2. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran ( sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari)
  3. Ambil karbohidrat (nasi, roti, pasta) dalam kuantiti sedikit, jangan berlebihan risiko GDM (kencing manis ketika hamil)
  4. Sertakan protein (telur, ikan, kekacang, daging usah banyak), susu sumber kalsium

 

2️⃣ Melakukan Aktiviti Fizikal & Beriadah

Proses kehamilan tidak menghalang untuk ibu-ibu beraktiviti, beriadah atau bersenam tapi biarlah berpada-pada. Cukup untuk tingkatkan stamina badan dan kecergasan otak.

Tujuannya adalah untuk beri kekuatan dan ketahanan tubuh untuk menampung berat badan yang bertambah serta tangani tekanan fizikal kelahiran. Selain itu, memudahkan ibu kembali kepada bentuk tubuh asal selepas melahirkan.

Bersenam juga boleh meningkatkan hormon gembira (serotonin dan dopomina) sekaligus menangkis kemurungan dan tekanan ketika hamil.

 

3️⃣ Rehat dan Tidur yang Mencukupi 

Ibu hamil khususnya perlu dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi bagi mengembalikan tenaga yang hilang seharian. Tidar terlalu memaksa diri untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang melibatkan fizikal dan mental berlebihan. Tanpa tidur yang cukup dan berkualiti akan beri kesan kepada tubuh badan dan otak si ibu. Ini adalah salah satu punca ibu sentiasa penat, letih, tidak bermaya dan emosi terganggu.

Benar ibu mempunyai rutin tugas harian sama ada selaku ibu bekerjaya mahupun surirumah tangga, tetapi ibu masih perlukan rehat dan tidur walaupun sekejap (take a nap) apabila badan dan fikiran terlalu penat. Pastikan tidur malam dalam keadaan yang selesa (posisi ikut keselesaan ibu kerana bila injak ke trimester ketiga, tidur ibu pasti terganggu kerana berasa serba tidak kena). Boleh cuba alaskan bantal di kaki, belakang badan apabila mengiring atau tinggikan bantal pada kepala. Hati-hati, elakkan menekan bahagian perut kerana ia membahayakan bayi dalam perut.

 

4️⃣ Cukupkan Komposisi Air dalam Tubuh

Elakkan dehidrasi kerana ia mengundang keletihan dan kelesuan mendadak. Pastikan pengambilan air masak (bukan air manis) sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Dicadangkan minum air segelas pada setiap jam.

 

5️⃣ Jauhi Perkara-perkara Mendatangkan Kemudaratan

Antaranya adalah:

  • alkohol – boleh menyebabkan kelahiran bayi dengan Fetal Alcohol Spectrum Disorder (FASD) yang mempunyai pelbagai masalah seperti kecacatan serius kepada masalah pembelajaran
  • rokok – risiko keguguran, kelahiran pra-matang (lahir tak cukup umur) dan kelahiran mati adalah tinggi
  • kafein (kopi, teh dan minuman bikarbonat) – perlu dikurangkan kerana beri kesan pada berat badan bayi yang lahir dan risiko keguguran

 

6️⃣ Manjakan Diri dan Lakukan Aktiviti yang Disukai

Keadaan tubuh ibu tak sama antara satu sama lain. Ada yang tidak mengalami sebarang masalah yang ketara sepanjang kehamilan tetapi ada yang menanggung bermacam-macam alahan dan komplikasi di sepanjang tempoh hamil. Inilah yang menyebabkan fizikal dan emosi ibu menjadi lemah dan tidak bermaya. Bersabar dan tabahlah ibu-ibu. Anda berada dalam situasi baharu yang mana perubahan fizikal, hormon, mungkin melibatkan rutin harian yang perlu disesuaikan. Tetapi, percayalah bahawa fasa kehamilan adalah suatu anugerah yang sangat bermakna dalam diri seorang ibu.

Anda boleh gembirakan hati dengan melakukan perkara atau hobi yang diminati. Isi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah dan dapat mengalihkan perasaan yang kurang enak kepada sesuatu yang sangat bermakna. Dari rasa mandom, pasti akan tersuntik rasa happy dengan hobi yang disukai.

Kalau suka membaca, bacalah buku-buku yang menyeronokkan, cinta-cinta, seram, lawak tak kisahlah asal bahagia. jangan sampai emosi pulak tercalar 😂 Kalau suka menjahit, hati-hati main dengan jarum dan gunting. Kalau suka window shopping, jalanlah keliling mall sampai lenguh 😅

Boleh cuba k!

 

Extra Tips!

Tips tambahan untuk ibu kekal cergas bertenaga yang saya nak kongsikan adalah pengambilan suplemen yang penting bagi ibu dan anak dalam kandungan. Setiap kali ibu buat pemeriksaan di klinik kerajaan mahupun swasta pasti akan dibekalkan tablet seperti asid folik, b complex, obimin (multivitamin), zinc coffer. Ini semua adalah vitamin/suplemen yang penting untuk ibu hamil. JANGAN AMBIL RINGAN dengan pengambilan vitamin-vitamin ini.

Saya tahu ramai ibu-ibu yang culas makan vitamin setiap hari 😀 Seperti yang telah dikongsikan dalam tips PEMAKANAN tadi, nutrien sangat penting untuk ibu dan anak. Makanan yang kita makan setiap hari tidak dapat kita pastikan ia cukup untuk keperluan nutrisi harian. Sebab itu suplemen (makanan tambahan) sangat penting bagi menyokong dan menampung kekurangan nutrisi harian.

 

Cadangan Suplemen Semulajadi, Selamat dan Berkesan untuk Ibu Hamil

Shaklee dan ibu hamil amatlah serasi. Ramai ibu-ibu yang sangat berpuas hati dengan pengambilan suplemen-suplemen Shaklee sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah menyusukan. Malah ramai yang telah mengamalkannya demi kesihatan tubuh berterusan.

Jom saksikan video ini 👇

Suplemen apa yang ada untuk set ibu hamil Shaklee?

Klik gambar untuk belian terus 👇

Energy Soy Protein (ESP) – menguatkan rahim, beri tenaga dan cantiikan kulit ibu dan bayi

💎Vitalea – multivitamin lengkap mengandungi zat besi bagi mengelakkan komplikasi kandungan serta mengekal Hb darah yang normal

💎Vitamin C – meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan ibu (kuatkan sistem imun) serta bantu pertumbuhan sel yang sihat

💎B complex – selaku vitamin anti-stress dan membekalkan keperluan asid folic bagi pertumbuhan saraf bayi

💎Ostematrix – sumber kalsium untuk tulang ibu dan anak, bantu mengelakkan sembelit, mengimbangi tekanan darah, kurangkan lenguh badan dan pinggang serta bantu tidur yang lena

💎OmegaGuard – minyak ikan yang kaya dengan DHA & EPA untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi serta mengawal kolestrol ibu

 

Testimoni Ibu Hamil dengan Suplemen Shaklee

 

Nak jimat sehingga 20% dan peluang mendapat cash bonus?

Jom sertai saya dengan klik gambar di bawah 👇

HUBUNGI SAYA SEKARANG!

Whatsapp 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my

IG: @serimuslimahsihat

FB page: Misi Keluargaku Cergas Sihat

FB: ridzianizr

*PERHATIAN: Pastikan anda menjalani checkup bulanan tanpa gagal dan dapatkan cadangan dan pandangan dari doktor/pakar perubatan atas masalah yang anda hadapi. Suplemen Shaklee hanyalah makanan tambahan yang bantu memenuhi keperluan nutrien untuk tubuh kita. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Anda juga mahu tahu...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge